direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama : Dato’ Ahmad Nadzri bin Embong

Pendidikan :
1985 - Ijazah Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia
1996 - 1998 Master of Labor Relations & Human Resources, Michigan State University, USA
2010 - Advanced Management Programme, Harvard Business School

Pengalaman Perkhidmatan :

Memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 12.1.1988 dan seterusnya telah berkhidmat di Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam serta Jabatan Kastam DiRaja Malaysia sebagai Pengarah di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pengurusan Sumber Manusia sebelum ditempatkan sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM mulai 20.6.2016.

Kurniaan :

  1. Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) - 2008
  2. Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) - 2010

LATAR BELAKANG

Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah mula ditubuhkan pada 1 Julai 2002 melalui waran perjawatan W.P.BilS52/2002 berikutan dengan penstrukturan semula Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan (BPOP). Pada masa itu, BSM mempunyai 5 Cawangan iaitu Cawangan Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan (BPOP), Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia (DP), Cawangan Kaunseling dan Keutuhan (CKK), Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan (PML) dan Cawangan Naik Pangkat dan Tatatertib (NPT). Setiap Cawangan diketuai oleh seorang Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) Gred M54.

Tujuan penstrukturan semula BSM adalah untuk memantapkan lagi pengurusan sumber manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sejajar dengan perkembangan arus perdana masa kini.

Seterusnya pada 1 Mac 2008, penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia telah membawa kepada penjenamaan semula BSM kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) manakala Cawangan Kaunseling dan Keutuhan telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Psikologi Dan Kaunseling. Beberapa perubahan struktur BPSM berlaku sehingga perubahan yang terbaharu adalah pada 29 Mei 2013. BPSM kini terdiri daripada 6 Cawangan dan 1 Unit seperti berikut:

  1. Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia
  2. Cawangan Perjawatan dan Naziran
  3. Cawangan Perkhidmatan
  4. Cawangan Naik Pangkat
  5. Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
  6. Cawangan Pengurusan Maklumat
  7. Unit Pentadbiran dan Kewangan

VISI

Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dalam mengurus sumber manusia melalui sistem pengurusan yang berkualiti.

MISI

Mengurus sumber manusia KPM secara cekap, berkesan dan berkualiti bagi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan Negara.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan struktur organisasi yang mantap dengan bilangan personel di tahap optimum melalui pewujudan dan pengisian jawatan mengikut keperluan dan norma perjawatan yang ditetapkan;
  2. Merancang dan membangun sumber manusia bagi memenuhi keperluan organisasi selaras dengan Dasar Pendidikan Negara;
  3. Memupuk dan menerap nilai-nilai murni bagi meningkatkan integriti dan jati diri warga Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan iklim organisasi yang harmonis;
  4. Merancang, mengurus dan melaksana urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ; dan
  5. Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kemudahan bagi PPP dan AKP.

FUNGSI

  1. Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia, kajian pemantapan skim perkhidmatan guru dan bukan guru, kajian norma perjawatan guru dan bukan guru dan menguruskan Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
  2. Menguruskan perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) serta pengurusan rekod perkhidmatan;
  3. Mengkaji pewujudan organisasi baru, permohonan penstrukturan semula organisasi/ fungsi serta pemantapan perjawatan bagi Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Institusi Pendidikan di bawah KPM,di samping mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM) dan menjalankan naziran perjawatan dan perkhidmatan;
  4. Menguruskan hal-hal perkhidmatan dan kemudahan warga KPM serta memantapkan jalinan kerjasama dengan kesatuan/ persatuan guru dan bukan guru, di samping merapatkan hubungan majikan dan pekerja melalui Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ);
  5. Mengendalikan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran setara bagi PPP dan AKP serta menjadi Urus Setia Induk Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri; dan
  6. Merancang, menggubal,menyelaras dan memantau pelaksanaan latihan/ kursus dalam dan luar negara bagi perkhidmatan bukan guru, serta menjadi Urus Setia Panel Pembangunan Sumber Manusia dan mengemaskini pangkalan data latihan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Mengeluarkan surat tawaran guru terlatih dalam tempoh satu (1) bulan selepas dokumen lengkap diterima.
  2. Permohonan berhubung urusan perkhidmatan diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan selepas semua dokumen lengkap diterima.
  3. Permohonan Pemantapan Perjawatan/ Penstrukturan Semula Jabatan/ Bahagian diperakukan kepada JPA dalam tempoh dua (2) bulan setelah permohonan yang lengkap diterima.
  4. Permohonan pertambahan jawatan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) (Perjawatan) Tahunan diperakukan ke JPA selewat-lewatnya pada bulan Julai setiap tahun.
  5. Memproses urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  6. Memproses perakuan kenaikan pangkat bagi PPP dan AKP secara Time Based untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  7. Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 70% Pegawai dan Kakitangan Bukan Guru bagi mematuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun.
  8. Menyediakan Kursus Transformasi Minda untuk Pegawai dan Kakitangan Bukan Guru dalam masa satu (1) hingga tiga (3) tahun dari tarikh lantikan.

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1-5 Dan 12-14, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604, W.P. Putrajaya
03-8884 7201 / 03-8884 7173 03-8888 6292 bpsm.aduan
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 2.0475 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: