direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama :

Pendidikan :

Pengalaman Perkhidmatan :

Kurniaan :

LATAR BELAKANG

Sejarah Penubuhan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK)

BPSBPSK mula beroperasi sepenuhnya mulai 1 Jun 2008 dengan kelulusan waran perjawatan S49/2008, S178/2008 dan S262/2008. Pada asalnya, pentadbiran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diuruskan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh di bawah pengurusan Bahagian Sekolah. Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, mulai 1 Mac 2008 dan kelulusan waran perjawatan S45/2008 telah dengan rasminya mewujudkan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster bagi mentadbir urus Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kluster (SK).

Penekanan kerajaan terhadap Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) telah mewujudkan dua lagi sektor baru yang menyelaraskan pengurusan dan operasi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2010. Penubuhan sektor tersebut membawa kepada pindaan nama baharu iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK).

 

VISI

Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia

MISI

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu

 

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan peluang untuk murid yang berpotensi terutama dari kawasan luar bandar bagi mendapat pendidikan yang kondusif;
  2. Meningkatkan bilangan murid bumiputera yang layak melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi;
  3. Menjayakan agenda negara bagi melaksanakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi meningkatkan golongan profesional yang diperlukan;
  4. Memantapkan sahsiah murid yang bercirikan karakter generasi-Y;
  5. Meningkatkan amalan budaya penyayang bagi membentuk masyarakat harmoni;
  6. Meningkatkan pengurusan diri murid dalam memastikan kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah;
  7. Membangunkan potensi murid yang mampu memimpin kemajuan negara ke peringkat antarabangsa;
  8. Mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan murid bagi membina jati diri yang berorentasikan acuan Malaysia;
  9. Melahirkan modal insan yang mengamalkan nilai masyarakat yang progresif dan dinamik. 

 

FUNGSI

Fungsi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan :

  1. Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan;
  2. Merancang, mengawal dan memastikan pengurusan pendidikan dan perkhidmatan profesional berkualiti dan bertaraf dunia;
  3. Merancang, memantau dan memastikan SBP dan SK melestarikan kecemerlangan pendidikan  bertaraf dunia;
  4. Merancang, mengawal dan menilai pelaksanaan program pendidikan di SBP dan SK bagi memenuhi aspirasi negara.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami seluruh anggota Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia berikrar dan berjanji menumpukan sepenuh tenaga dan usaha bagi memberikan perkhidmatan yang berkesan dengan memastikan :

  1. Keputusan pemilihan penempatan murid ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh dalam tempoh 27 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan;
  2. Keputusan kelulusan permohonan pertukaran murid yang memohon bertukar dari Sekolah Berasrama Penuh ke Sekolah Harian dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  3. Keputusan penempatan pertama bagi guru-guru baharu di Sekolah Berasrama Penuh dalam tempoh 15 hari sebelum tarikh melapor diri;
  4. Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan tidak lewat daripada 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.

 

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
03-8321 7400 03-8321 7401 / 7402 / 7403 [EMEL]

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.8525 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: