direktori Direktori webmel Webmel

Nama : Kosong

Pendidikan :

Pengalaman Perkhidmatan :

 

Kurniaan :

 

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah ditubuhkan sejak tahun 1967. Nama asalnya adalah Unit Komputer yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Fokus utama unit tersebut adalah bagi menyokong pemprosesan peperiksaan awam seperti LCE dan MCE.

Pada tahun 1970-an, kakitangan UPDE telah ditambah melalui kemasukan Juruanalisa Sistem dan Pengaturcara Program Komputer oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pertambahan ini adalah bagi menyokong proses-proses utama yang dijalankan seperti pengendalian kemasukan data, proses pemarkahan, percetakan sijil dan penganalisaan keputusan peperiksaan awam. Pada tahun 1986, Bahagian Perkhidmatan Komputer (BPK) yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar telah diwujudkan dan UPDE menjadi sebahagian daripada BPK.

Mulai tahun 1995, BPK telah diberi nama baru iaitu Bahagian Sistem Maklumat (BSM) dan perkhidmatan pengkomputeran juga diperluaskan ke bahagian-bahagian lain dibawah Kementerian seperti Bahagian Kewangan, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Tinggi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Bahagian Sekolah.

Seterusnya pada bulan September 2002, bahagian ini sekali lagi diberi nama baru iaitu Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi selaras dengan peluasan skop dan fungsi ICT untuk menyokong bisnes KPM.

Pada bulan Oktober 2008, pihak JPA telah mengarahkan supaya semua bahagian ICT sektor Awam ditukarkan nama kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Sehingga kini, peranan BPM telah berkembang sebagai penyelesai perkhidmatan ICT yang menyokong semua bahagian di KPM.

 

Menjadi Penyedia Penyelesaian ICT Bersepadu bagi Menyokong Pengurusan dan Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Menyediakan Sistem Maklumat dan Kemudahan ICT yang Efektif bagi Menyokong Pengurusan dan Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

  1. Menentukan hala tuju, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT melalui Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPM.
  2. Menyediakan sistem aplikasi ICT yang memenuhi keperluan pelanggan, efektif dan efisien.
  3. Menguruskan sistem pemprosesan peperiksaan awam dan kemasukan ke Institusi Pendidikan Awam secara efektif.
  4. Menyediakan infrastruktur dan kemudahan ICT yang selamat, dipercayai dan tersedia.
  5. Memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal ICT yang efektif.

 

  1. Merancang strategi ICT dan mengurus sumber-sumber selaras dengan bisnes dan keutamaan strategi Kementerian;
  2. Membangun, melaksana dan menyenggara sistem aplikasi/sistem maklumat organisasi;
  3. Memantau, mengurus dan menilai program atau projek- projek ICT;
  4. Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan ICT; dan
  5. Memantau, mengurus dan menilai pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.

 

Kami warga Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

    1. Membangunkan aplikasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja seperti yang dipersetujui bersama dengan pelanggan dalam tempoh enam (6) hingga dua belas (12) bulan mengikut kompleksiti.

 

    1. Melaksanakan pemprosesan :-
      1. Peperiksaan awam selewat-lewatnya 5 hari sebelum keputusan diumumkan; dan
      2. Pemilihan dan tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan tingkatan 6 selewat-lewatnya 5 hari sebelum semakan tawaran online dikeluarkan.

 

    1. Memastikan aduan yang diterima melalui Meja Bantuan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.

 

    1. Memastikan perkhidmatan Rangkaian Wide Area Network berdasarkan jaminan tahap ketersediaan 99%.

 

  1. Menyediakan perkhidmatan Pusat Data berdasarkan jaminan tahap perkhidmatan seperti berikut :-
    1. Ketersediaan Pusat Data di Ibu Pejabat dengan 99%.
    2. Ketersediaan Pusat Data Pengehosan Web dengan 99%.

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Telefon Faks Emel
Bahagian Pengurusan Maklumat
Aras 3 & 4, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
03-8884 3500 03-8889 5244  

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.2425 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: