direktori Direktori webmel Webmel

Nama: En. Zainuren bin Haji Mohd Nor

Pendidikan:

1. SRJK (I) Batu 9, Jalan Bomba, Tanjong Karang, Selangor.(1971 - 1976)
2. SMJK (I) Batu 9, Jalan Bomba, Tanjong Karang, Selangor.(1977 - 1979)
3. SMJK Yoke Kuan, Sekinchan,Selangor.(1980 (2 bulan)
4. SM Teknik Kuala Lumpur, Jln Cheras, Kuala Lumpur.(1980 – 1981)
5. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jln Gurney, Kuala Lumpur.(1982 – 1987)
6. Sarjana Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuantan, Pahang D.M.(2010 – 2013)
 

Pengalaman Perkhidmatan:

1. Guru Penolong SMK Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang, Jerantut. (1987 - 1991)  
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Padang Piol, Jerantut (1991)
     Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Padang Piol (1992 - 1995)
     Pengetua, SMK Padang Piol, Jerantut (1995 -1997)
3. Pengetua, SMK Damak, Jerantut (1998 - 2002)
 4. Pengetua, SMK Padang Saujana, Jerantut (2003)
 5. Pengetua, SM Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong (2004 -2006)
 6. Pegawai Pelajaran Daerah Raub, Pahang (2007)
 7. Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan, Pahang (2008)
 8. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Pahang (2009 - 2011)
 9. Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM (2011 - 2014)
10. Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, KPM (2014)
11. Pengarah JPN Selangor (2014 - 2016)
12. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (2016 - Kini)
 
Kegiatan dan Sumbangan :
 
   1. Naib Presiden Persatuan Gimnastik Pahang.(1996 - Kini)
   2. Ahli Jawatankuasa Persekutuan Gimnastik Malaysia (1996 - Kini)
   3. Naib Pengerusi 2 Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Pahang (2007 - 2011)
   4. Naib Yang Di Pertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah Cawangan Pahang (2005 - 2006)
   5. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PPD Pahang (2007 - 2008)
   6. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor (2015 - 2016)
   7. Ahli Jawatankuasa Riqab Majlis Agama Islam Selangor (2015- 2017)
   8. Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor (2015 - 2016)
   9. Setiausaha Senat Kolej Vokasional,KPM (2016 - Kini)
 10. Working Committee Asia-Europe Meeting of Ministers for Education (ASEMME) (2016 - Kini)
 11. Governing Board Southeast Asia Ministers of Education Organization for Vocational and Technical Education and Training (SEAMEO VOCTECH) (2016 - Kini)
 12. Committee Member Regional Cooperation Programme to Improve The Training of TVET Personnel (RECOTVET) (2016 - Kini)
 13. Committee Member TVET in Organization of Islamic Cooperation (OIC)Member Countries (2016 - Kini) 

 

 Kurniaan/Anugerah :

Bil Darjah Kebesaran/Surat Kepujian/Penghargaan Daripada Tahun
1 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(Menegak). Kementerian Pendidikan Malaysia 1992
2 Guru Cemerlang Daerah Jerantut sempena Perayaan Hari Guru Daerah Jerantut 1993. PKPSM Daerah Jerantut 17 Julai 1993
3 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(Melintang). Kementerian Pendidikan Malaysia 1993
4 Surat Penghargaan Pengurus Pasukan SUKMA V. Majlis Sukan Pahang 25 Julai 1994
5 Sijil Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang SUKMA VI. (Pegawai Teknikal) Kerajaan Negeri Pahang 1-10 Jun 1996
6 Certificate of Participation of The National Gymnastics Championships.(Competition Director). Malaysian Gymnastics Federation. 17-23 Ogos 1996
7 Award of Participant New Zealand National Championship. (Assistant Team Manager) New Zealand Gymnastics Association. 16 Sept 1996
8 Certificate of Participation 1996 Pacific Alliance Gymnastics Championships. (Competition Director) . Pacific Alliance of National Gymnastics Federation. 15-21 Nov 1996
9 Sijil Penghargaan Kejohanan Gimnastik MSSM 1997. (Penolong Ketua Kontigen) MSSM. 25-28 Mei 1997
10 Diploma and Certificate The 19th SEA Games Jakarta 1997. (Team Manager) The 19th SEA Games Organizing Committee. Okt 1997
11 Certificate of Recognition 9th Asean Schools Gymnastics Championships. (Technical Official) MSSM, Kementerian pendidikan Malaysia. 28 Jun – 3 Jul 1998
12 Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sempena Perayaan Hari Guru Daerah Jerantut. PPD Jerantut. 1998
13 Sijil Penghargaan Kursus Pegawai Waran Kadet Remaja Sekolah KRS Peringkat Negeri Pahang 2010. (Kem Komandan) JPN Pahang. 14-18 Jun 2001
14 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003
15 Pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) Istana Abu Bakar, Pahang. 2008
16 Ketua Urusetia Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010. Universiti Malaysia Pahang 2010
17 Pingat Setia Mahkota Pahang (SMP) Istana Abu Bakar, Pahang. 2011
18 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013
19 Certificate Of Participation Chef-De-Mission Malaysia Chairman Of Working Committee 7th ASEAN Schools Games 2015 2015

      

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.

Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu :

i. Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),
ii. Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),
iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan
iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).

Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul

Memperkasakan PTV melalui pelaksanaan program yang berkualiti.

Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:

  • Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti;
  • Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid;
  • Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan; dan
  • Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.
  1. Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional.
  2. Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan akademik dan strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan teknikal dan vokasional
  3. Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti persekolahan dan keperluan pengoperasian sekolah
  4. Merancang, melaksana, memantau dan menilai program pembangunan kepakaran kejurulatihan (TOT) pendidikan teknikal dan vokasional
  5. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai standard kualiti dalam semua aspek pengurusan pentadbiran Bahagian dan SMT/SMV.

Kami, warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami ke arah merealisasikan sistem pendidikan teknikal dan vokasional yang cekap dan berkesan. Kami berjanji akan :

  • Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
  • Mengeluarkan surat penempatan / pertukaran guru 14 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri;
  • Menyediakan laporan hasil pemantauan kepada sekolah dalam tempoh 21 hari bekerja selepas pemantauan;
  • Menghantar Surat Akuan Terima dalam tempoh 7 hari bekerja selepas penerimaan surat/dokumen;
  • Mengeluarkan surat kelulusan pelupusan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap serta disemak oleh Pusat Penyenggaraan Alat (PPA) diterima.

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Aras 5 Dan 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
http://bptv.moe.gov.my/ 03-8884 5154 03-8884 5047

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.49 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: