direktori Direktori webmel Webmel

Nama : Sukari bin Simun (Memangku)

Pendidikan :

Pengalaman Perkhidmatan :

 

Kurniaan :

 

Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

Pendidikan swasta di Malaysia bermula sejak 1950an, terutama sebagai laluan kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian di sekolah-sekolah Kerajaan bagi memperolehi sijil-sijil asas mereka. Pada awal 1970an terdapat anjakan terhadap peranan dan fungsi sistem pendidikan swasta di mana pengusaha pendidikan swasta mula mementingkan kursus-kursus prauniversiti.

Maklumat Sektor

Sektor Operasi Dasar dan Perancangan (SODP)

Sektor Operasi Dasar dan Perancangan (SODP) berperanan melaksanakan dan memantapkan pelaksanaan dasar perundangan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang bagi menentukan hala tuju pendidikan swasta. SODP turut memastikan pelaksanaan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) iaitu Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)

Sektor Pendaftaran

Sektor Pendaftaran adalah sektor yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan permohonan penubuhan insitusi pendidikan swasta bagi semua kategori kecuali tadika dan pusat tuisyen yang diberi tanggungjawab kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Selain itu, sektor ini juga diamanahkan untuk menjayakan EPP 3 : NKEA Pendidikan berkaitan peningkatan bilangan sekolah antarabangsa menjelang tahun 2020.

Sektor Inspektorat dan Penguatkuasaan

Sektor Inspektorat dan Penguatkuasaan adalah sektor yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia institusi pendidikan swasta berkaitan pematuhan kepada peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta peratuaran - peraturan di bawahnya. Tindakan pengawalseliaan dijalankan dalam kaedah pemeriksaan serta tindakan perundangan mengikut kuasa yang diberikan di dalam Akta 550.

Sektor Promosi dan Hubungan Antarabangsa

Sektor Promosi dan Hubungan Antarabangsa merupakan sektor yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti mempromosikan IPS di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan di rantau ini. Selain itu, sektor ini turut menguruskan pemprosesan pengambilan pelajar antarabangsa dan menjalankan kerjasama dengan agensi - agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam menjayakan usahasama antara negara dalam perkhidmatan pendidikan.

Sektor Data dan Maklumat

Sektor Data dan Maklumat berperanan mengurus, menyelaras data dan maklumat institusi pendidikan swasta serta menyelia aplikasi yang menyokong perkhidmatan BP Swasta.

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Unit Pentadbiran dan Kewangan merupakan unit yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan pentadbiran dan kewangan BP Swasta. Ianya terdiri daripada dua (2) sub unit iaitu Unit Pentadbiran yang menjalankan tugasan berkaitan pengurusan rekod, pengurusan perkhidmatan pegawai dan kakitangan serta pengurusan aset. Manakala Unit Kewangan pula menjalankan tugasan berkaitan penyediaan anggaran belanja mengurus (ABM), pengurusan perolehan dan penyediaan baucer bayaran.

 

Institusi Pendidikan Swasta Unggul Penjana Generasi Terbilang

 

Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:

    1. Memastikan pendidikan swasta berkualiti dan bertaraf dunia melalui perundangan dan pemudahcaraan.
    2. Memastikan perkhidmatan pendidikan swasta yang cemerlang bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
    3. Meningkatkan perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta.
    4. Meluaskan akses pendidikan yang berkualiti khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

 

      1. Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan hala tuju pendidikan swasta.
      2. Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan .
      3. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta
      4. Mengendalikan pengurusan data dan maklumat pendidikan swasta.
      5. Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan ke arah menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan
      6. Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996.

 

      1. Memastikan pelaksanaan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta selaras dengan Program Transformasi Kerajaan(GTP), dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) serta Model Ekonomi Baru (MEB)
      2. Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan syarat yang ditetapkan di bawahnya.
      3. Memastikan pelaksanaan sistem pengawal seliaan dan penguatkuasaan yang cekap dan berkesan.
      4. Memastikan data dan maklumat institusi pendidikan swasta tepat dan kemas kini.
      5. Menjana pendapatan negara melalui Perkongsian Awam dan Swasta (PPP) serta Pengantarabangsaan Pendidikan.

 

PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kami warga Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia berazam untuk memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan tepat dengan amanah, saksama dan penuh mesra bagi;

  1. Mengeluarkan surat kelulusan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa dalam tempoh 7 hari selepas diluluskan oleh Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru.
  2. Mengeluarkan surat sokongan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi permohonan mendapatkan pas pelajar / pas pengajian dalam tempoh 14 hari bekerja.
  3. Memastikan surat perakuan penerimaan aduan atau sebarang pertanyaan dalam masa 1 hari bekerja.
  4. Memastikan siasatan dijalankan terhadap sebarang aduan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh makluman diterima.
  5. Menyebar luas dasar/pekeliling dan garis panduan baru berkaitan pengurusan institusi pendidikan swasta dalam masa 7 hari bekerja.
  6. Mengeluarkan surat sokongan kepada Kemneterian Dalam Negeri berhubung perekrutan pelajar antarabangsa ke institusi pendidikan swasta dalam tempoh 30 hari bekerja.
  7. Memberi maklum balas kepada permohonan mendapatkan maklumat dan data dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
03-8884 9536 (KAUNTER) 03-8888 6676 / 6679 bps

 Untuk mengetahui senarai sekolah swasta yang telah berdaftar, sila layari https://smips.moe.gov.my/utama.cfm?cari=1 .

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.935 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: