direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama: YBhg. Haji Paridin bin Jais

Pendidikan : 

Diploma Pendidikan Pengkhususan Kimia/Matematik, Universiti Malaya 1982 
Sarjana Muda Pengkhususan Radiokimia, Universiti Kebangsaan Malaysia 1981 
Diploma Lanjutan Komputer Pengkhususan Sains Komputer, UiTM 1987 
Advance Diploma Pengkhususan Information System, University of Leeds, UK 1998 
Sarjana Teknologi Maklumat, UiTM 2003

Pengalaman Perkhidmatan : 

1.SMK Kampong Soeharto, Hulu Selangor, Guru Penolong (1982 – 1988)
2.JPN Selangor, Penolong Pengarah (Perkhidmatan Sebaran Pendidikan) (1988 – 1990)
3.JPN Selangor, Penolong Pengarah (Unit Maklumat) (1990 – 1994)
4.EPRD, KPM, Penolong Pengarah (Unit Data) (1994 – 2003)
5.BTP, KPM, Ketua Pen. Pengarah (Sektor PPTP) (2003 – 2006)
6.BTPN Johor, Ketua Pen. Pengarah (BTPN Johor) (2006 – 2008)
7.BTP, KPM, Ketua Pen. Pengarah (Sektor PGGBP) (2008 – 2009)
8.BTP, KPM Ketua Pen. Pengarah (Sektor PPM)/(Sektor Dasar) (2009 – 2010)
9.BBT, KPM, Ketua Pen. Pengarah (Sektor Dasar dan Perolehan) (2010 – 2011)
10.BBT, KPM, Timbalan Pengarah (2011 – 11/2/2015)
11.BBT, KPM, Pengarah (12/2/2015 – 20/3/2018)
12. BPKHAS, KPM,Pengarah (21/3/2018 - Sekarang)

Anugerah/Kurniaan: 

1.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM(JPN Selangor) - 1992
2.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM(EPRD) – 2002
3.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM(BTP) – 2006
4.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM(BBT) – 2013

 

LATAR BELAKANG

Bahagian Pendidikan Khas merupakan bahagian yang bertanggungjawab terhadap pendidikan bagi murid berkeperluan khas menerusi Program Pendidikan Khas. Program pendidikan untuk murid berkeperluan khas bermula sejak sebelum merdeka bagi murid berkeperluan khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Penglibatan kerajaan dalam pendidikan murid berkeperluan khas masalah penglihatan bermula dengan penubuhan Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1948. Manakala penglibatan kerajaan bagi pendidikan murid bermasalah pendengaran pula bermula dengan pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang pada tahun 1954. Selepas merdeka, kerajaan telah memperluaskan program pendidikan khas ke sekolah-sekolah biasa melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (dahulu dikenali sebagai Program Percantuman).

Program Pendidikan Khas telah berkembang di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak sistem pendidikan kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957. Satu unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas telah ditubuhkan pada tahun 1964, ditempatkan di Bahagian Sekolah KPM, sehinggalah diganti dengan Jabatan Pendidikan Khas KPM mulai Oktober 1995. Dengan adanya Jabatan ini di peringkat KPM, Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri (sekarang Jabatan Pelajaran Negeri) telah mewujudkan Unit Pendidikan Khas di jabatan masing-masing. Dengan penstrukturan semula KPM, Jabatan Pendidikan Khas kini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Khas.

Selepas penstrukturan semula KPM pada Mac 2008, nama Jabatan Pendidikan Khas ditukar kepada Bahagian Pendidikan Khas dan diletakkan di bawah Sektor Operasi Pendidikan KPM. BPKhas diterajui oleh seorang pengarah (JUSA C) dan dibantu oleh tiga orang Timbalan Pengarah dan seorang Ketua Penolong Pengarah yang mengetuai empat Cawangan iaitu Cawangan Perancangan dan Penilaian (CPP) Cawangan Program Pendidikan Khas (CPPK), Cawangan Latihan Khidmat Bantu (CLKB) dan Cawangan Pengurusan Perhubungan (CPH). Secara keseluruhanya BPKhas mempunyai lapan (8) sektor dan dua puluh tujuh unit yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam memberi perkhidmatan pendidikan kepada MBK.

Program Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan pendidikan di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan di Program Pendidikan Inklusif (PPI). Sehingga tahun 2015 terdapat 28 buah Sekolah Pendidikan Khas, 5 buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan sebanyak 2,124 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

BPKhas juga telah diberi tanggungjawab menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid di Sekolah Dalam Hospital (SDH), Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) di Malaysia. Selaras dengan hasrat KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, BPKhas sangat menyokong dalam melaksanakan aktiviti memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid dan mengoptimumkan kecekapan sistem pendidikan di Malaysia.

VISI

Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan

MISI

Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:

  • Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;
  • Perkembangan potensi diri ke tahap optimum
  • Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran
  • Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab
  • Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.
  • Pengantarabangsaan Program Pendidikan Khas

OBJEKTIF

  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang Pendidikan Khas.

FUNGSI

  1. Merancang, mengurus dan menyelaras semua program pendidikan khas rendah dan menengah
  2. Menentukan pelaksanaan dan peningkatan mutu program pendidikan khas
  3. Merancang dan penyelaras pengoperasian dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas.
  4. Mempertingkat kemudahan infrastruktur, peralatan khas, bahan pembelajaran dan pengajaran serta perkhidmatan sokongan yang sesuai dan releven bagi murid berkeperluan khas.
  5. Mempertingkat kualiti dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran Bahagian dan Program Pendidikan Khas.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Pendidikan Khas dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mengurus dan mentadbir Program Pendidikan Khas dengan cekap dan berkesan. Ke arah itu, kami berikrar untuk:

  1. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
  2. Mengeluarkan surat penempatan/pertukaran guru dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri;
  3. Memastikan maklum balas minit mesyuarat dihantar kepada urus setia dalam tempoh lima (5) hari selepas minit diterima;
  4. Memastikan tindakan bagi perkhidmatan pakar dan aduan diambil dalam tempoh 14 hari bekerja ;
  5. Mengurus kelulusan pengecualian mengikuti pendidikan wajib bagi kanak-kanak/murid berkeperluan khas dalam tempoh 60 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima; dan
  6. Memastikan semua sumbangan yang diterima untuk program pendidikan khas dari agensi lain diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja.

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

** Sila Klik di sini untuk perincian struktur organisasi

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA
03-8884 9190 03-8888 6670  
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.8675 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: