direktori Direktori webmel Webmel

 

Nama: Dr. Hj. Azhar bin Hj. AhmadDR HJ AZHAR HJ AHMAD

Pendidikan:

 

 

BIL

KELULUSAN AKADEMIK/ KELULUSAN IKHTISAS DAN PENGKHUSUSAN

UNIVERSITI DAN TAHUN

1.

Doktor Falsafah [CEMERLANG] Pendidikan Islam

UKM / 2006

2.

Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

UNIMAS / 1998

3.

Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian) (Usuluddin & Falsafah)

UKM / 1988

4.

Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam & Bahasa Arab)

MPI / 1989

5.

Diploma (Educational Management)

Naruto Univ. of Education, Japan

Pengalaman Perkhidmatan:

BIL

JAWATAN

TAHUN / TEMPOH

ORGANISASI

1.

Guru (Gred A19)

1989-1991 

SMKA SHOAW, Matang

2.

Guru Penolong Kanan (Kurikulum)

(Gred DG3)

1991-1995

SMB Agama Majlis Islam Sarawak

3.

Pemangku Pengetua (Gred DG3)

1991-1993

SMB Agama Majlis Islam Sarawak

4.

Penolong Pengarah (Gred DG3)

1995-2000

SPPIM, JPN Sarawak

5.

Penolong Pengarah (Gred DG44)

2000-2002

SPPIM, JPN Sarawak

6.

Penolong Pengarah Kanan/Ketua Unit (Gred DG44)

2006 - 2011

SPPIM, JPN Sarawak

8.

Pegawai Cemerlang (Gred DG48)

2011 - 2011

SPI, JPN Sarawak

9.

Ketua Penolong Pengarah (DG48)

2011 - 2013

SPI, JPN Sarawak

10.

Peg Pend Daerah (DG48)

2013 - 2014

PPD Simunjan

11.

School Improvement Partner (SIP+)

(Gred DG48)

2014 - 2014

PPD Samarahan

12.

Ketua Sektor Pendidikan Islam (Gred DG52)

2014 - 2015

JPN Sarawak

13.

Timbalan Pengarah PIPA, BPI

(Gred DG54)

2016-2017

BPI, KPM

14.

Pengarah BPI, KPM

(Gred JUSA B)

2017 - Kini

BPI, KPM

Kurniaan:

 Tiada

Bahagian Pendidikan Islam mula ditubuhkan pada bulan Ogos 1995. Sebelum itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Pada awal penubuhannya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ialah sebuah unit yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menguruskan bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambilalih. Ia dikenali dengan nama Unit Pelajaran Agama.

Pada tahun 1973 Unit Pelajaran Agama dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) sehinggalah ke tahun 1995. Pada tahun 1995 bidang tugas BPI ditambah lagi dengan memasukkan mata pelajaran moral di bawah kendalian BPI. Dengan yang demikian BPI dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Tetapi selepas penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekali lagi nama Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral(JAPIM) ditukar kembali kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan diletakkan di bawah Sektor Operasi Pendidikan.

BPI peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

Mempertingkat kualiti PI melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia

Dalam mencapai visi dan misi, BPI telah menetapkan objektif untuk memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan Agama (IPA) dan Dakwah dalam aspek berikut:

  • Pengoperasian dasar PI, BA, IPA dan Dakwah yang lengkap dan komprehensif mengikut kehendak dan keperluan pendidikan
  • Pelaksanaan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi KPM berkaitan dengan PI, BA, IPA dan Dakwah
  • Pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif
  • Pembangunan, perolehan, penyelidikan, inovasi, kejurulatihan, promosi dan pendokumentasian
  • Perancangan dan pelaksanaan program dakwah, kepimpinan, pengukuhan nilai dan pengembangan syiar Islam kepada warga KPM
  • Pengurusan sumber manusia
  • Pengurusan HEM dan kokurikulum serta prasarana dan kemudahan IPA KPM
  • Pengurusan bantuan SAR KAFA
  • Hubungan dan kerjasama antara BPI dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan

  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya; dan urusan maklum balas isu dan aduan pelanggan, keurusetiaan dan perhubungan;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan hal ehwal Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah harian, personel IPA KPM dan urusan sumber manusia BPI;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Program j-QAF, Kelas Kemahiran al-Quran dan KAA; Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Prasekolah dan serta penyelarasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian kurikulum Pendidikan Islam Teras, Pengajian Islam Elektif dan bahasa Arab; penyelarasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kurikulum Dini/Azhari;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan data, maklumat dan dokumentasi serta galeri Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan IPA KPM serta tadbir urus ICT BPI;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan mengawal selia urusan kewangan dan pentadbiran dan perolehan BPI;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan kualiti pengurusan dan aktiviti BPI;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pentadbiran IPA KPM dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengannya;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan akademik di IPA KPM;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pembangunan hal ehwal murid di IPA KPM;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan perkhidmatan dan bantuan pembangunan fizikal di IPA KPM;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan program Pendidikan Islam dan bantuan kewangan kepada SAR dan SAR KAFA;
  • Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengukuhan, kawalan dan penghayatan akidah serta pemikiran Islam;
  • Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah Islamiah dan kepimpinan Islam;
  • Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pembangunan akhlak dan nilai Islam;
  • Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengembangan budaya dan syiar Islam;
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan inovasi dan tajdid pengurusan dan aktiviti PI;
  • Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan wacana, kajian dan latihan dalam perkhidmatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;
  • Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan promosi dan penerbitan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;dan
  • Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan pengantarabangsaan Pendidikan Islam.

Kami warga Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menggembleng seluruh tenaga dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui usaha-usaha berikut :

  • Keputusan tawaran kemasukan murid ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dimaklumkan dalam tempoh (30) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan.
  • Keputusan pertukaran biasa guru dimaklumkan tidak lewat daripada (10) hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
  • Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
  • Memaklumkan laporan awal kepada pelanggan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah aduan diterima.
  • Taklimat Pengurusan Kewangan dan Kutipan Data Bagi Tujuan Perjawatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas Sekolah Agama Rakyat/Sekolah Agama Negeri (SAR/SAN) menandatangani Memorandum Persefahaman Sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
  • Memaklumkan dasar-dasar baharu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atau perubahan kepada dasar sedia ada kepada semua Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) atau Surat Siaran (SS) dasar tersebut ditandatangani.
  • Menyebarluaskan hasil penyelidikan berkaitan Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pendidikan Malaysia (IPA KPM) kepada pihak yang berkaitan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas laporan penyelidikan diterima.
  • Menyalurkan bantuan perolehan aset kepada Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pendidikan Malaysia (IPA KPM) dalam tempoh empat puluh lima (45) hari selepas mendapat kelulusan waran.
  • Menyalur bantuan kewangan secara sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang melaksanakan kurikulum Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (SAR KAFA) dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Bantuan SAR KAFA.
  • Menyalurkan waran peruntukan aktiviti dakwah peringkat kebangsaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang menjadi tuan rumah dalam tempoh tidak kurang dua puluh hari (20) bekerja sebelum aktiviti dilaksanakan.
  • Mengemas kini portal BPI dalam tempoh (3) hari bekerja selepas maklumat dan bahan diserahkan.
  • Memaklumkan keputusan kenaikan pangkat guru yang mengisi jawatan pentadbir dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima memo/surat kenaikan pangkat.

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras Bawah Dan Aras 2,
No. 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
03 - 8321 7200 / 7300 03 - 8321 7201 / 7337 bpi.kpm

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.8075 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: