direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama : Dato' Khalid Bin Abu Bakar

Pendidikan :
Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bharu, Johor (1966 - 1968)
Sekolah Kebangsaan Ismail (2), Muar, Johor (1969 - 1971)
Sekolah Tinggi Muar, Johor (1972 - 1978)
Universiti Malaya (1979 - 1982)
Diploma Pentadbiran Awam (INTAN) (1983 - 1984)

Pengalaman Perkhidmatan :

  1. Penolong Setiausaha, Bahagian Politik, (Meja Eropah Barat) Kementerian Luar Negeri (1982 - 1983)
  2. Penolong Setiausaha, Bahagian Keselamatan dan Perhubungan, Kementerian Luar Negeri (1982 - 1983)
  3. Kursus Pra-PTD INTAN (1983 - 1984)
  4. Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (1984 - 1987)
  5. Penolong Setiausaha, Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah, Kementerian Dalam Negeri (1987 - 1988)
  6. Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (1988 - 1989)
  7. Penolong Pengarah, Bahagian Kemajuan Perkampungan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1989 - 1996)
  8. Penolong Pengarah, Bahagian Dasar dan Khidmat Nasihat, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1989 - 1996)
  9. Penolong Setiausaha, Bahagian Perkhidmatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (1996 - 1999)
  10. Penolong Setiausaha Unit G (Gaji, Elaun, Saraan dan Kemudahan) Bahagian Pentadbiran, Kementerian Kewangan Malaysia (1999 - 2000)
  11. Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (2000 - 2001)
  12. Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (2001 - 2005)
  13. Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia (2005 - 2006)
  14. Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006 - 2007)
  15. Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia (Mac 2007 - Disember 2007)
  16. Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Dalam, Kementerian Pelajaran Malaysia (Jan 2008 - Mei 2008)
  17. Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia (Mei 2008 - September 2008)
  18. Setiausaha Bahagian,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,Kementerian Pelajaran Malaysia (September 2008 -Mac 2010)
  19. Setiausaha Bahagian,Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi,Kementerian Pendidikan Malaysia (Mac 2010 - Mei 2014)
  20. Setiausaha Bahagian,Bahagian Pembangunan Pelajaran,Kementerian Pendidikan Malaysia (Mei 2014 -Sekarang)

Kurniaan:

1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang - 1996
2. Sijil Perkhidmatan Cemerlang 1998
3. Anugerah Khas Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia - 2002
4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Kementerian Pelajaran Malaysia - 2006
5. Pengurniaan Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) - 2016

LATAR BELAKANG

BPBahagian Pembangunan telah ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Bahagian Pembangunan dan Bekalan (BPB).

Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk memberi tumpuan kepada pembinaan infrasturktur pendidikan bagi memastikan usaha kualiti pembelajaran pada ketika itu dapat dicapai. Selain daripada menumpukan kepada aspek pembangunan fizikal, BPB juga memberi tumpuan kepada pembekalan perabot dan peralatan.

Kemudiannya, pada 1 Oktober 1995 Bahagian ini telah distruktur semula dan dikenali sebagai Bahagian Pembangunan, Penswastaan Dan Bekalan (BPPB) beroperasi di Pusat Bandar Damansara. Penstrukturan semula ini adalah bagi menyelaraskan kaedah pembiyaan perlaksanaan pembangunan menggunakan konsep penswastaan. Dimana pada ketika itu, kerajaan menggalakkan agar syarikat-syarikat swasta mengambil bahagian dalam memastikan agenda pendidikan Negara dapat dicapai. Seterusnya, pada 21 Oktober 2003 bahagian ini telah distruktur sekali lagi dan dikenali sebagai Bahagian Pembangunan dan Perolehan (BPP). Ini merupakan satu proses penjenamaan semula BPP selari dengan perkembangan pendidikan Negara pada ketika itu.

Pada 16 Julai 2007, BPP telah dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Pembangunan (BP) dan Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) dan beroperasi sepenuhnya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Putrajaya.Pembahagian ini bagi memastikan Bahagian Pembangunan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan projek pembangunan fizikal infrastruktur pendidikan bertaraf dunia. Penstrukturan ini juga telah melihat pertambahan daripada 247 kepada 299 perjawatan.

Bahagian Pembangunan kini diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian, Gred Jusa B. Struktur organisasi ini terbahagi kepada 3 cawangan utama iaitu Cawangan Perancangan dan Pengurusan, Cawangan Pembangunan Pendidikan dan Cawangan Teknikal.

VISI

Mencapai tahap pengurusan program dan projek pembangunan fizikal yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

MISI

Menjadi peneraju utama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan yang unggul dan berkualiti, kos efektif, menepati masa serta mempunyai nilai tambahan dan menguntungkan yang menjadi penanda aras kepada stakeholders.

OBJEKTIF

Bahagian ini bertanggungjawab membangunkan infrastruktur pendidikan yang telah dirancang dengan kos efektif dan menyelaraskan pelaksanaan projek-projek fizikal pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

FUNGSI

  1. Merancang, mengurus, melaksana dan memantau projek-projek pendidikan dari segi fizikal dan kewangan.
  2. Menyelaras pengurusan perunding dan kontraktor bagi projek-projek pembangunan pendidikan.
  3. Menguruskan perolehan tapak-tapak projek pendidikan dan tapak-tapak rezab atau simpanan Persekutuan untuk kegunaan pembangunan
  4. Menyediakan Anggaran Kewangan Bulanan, Suku Tahun dan Tahunan bagi projek-projek pembangunan pendidikan.
  5. Menyelaras, menyedia, mengagih, memindahkan dan mengawal peruntukan pembangunan P.41 dan S.41 tahunan Kementerian.
  6. Memantau status, menyelaras dan mengawal selia data-data projek pembangunan pendidikan.
  7. Merancang, mengawal dan mengurus pentadbiran am, sumber manusia, kualiti, kewangan, audit dan sistem kawalan dalaman Bahagian.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Mengemukakan maklum balas berhubung aduan awam dalam tempoh 10 hari bekerja.
  2. Pembayaran bil/tuntutan/invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima dokumen sekiranya dokumen lengkap.
  3. Mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor dan perunding dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Lembaga Perolehan.
  4. Menguruskan pelaksanaan projek-projek/program-program pembangunan pendidikan dengan cekap dan sempurna berdasarkan kepada peruntukan dan projek-projek/program-program yang diluluskan oleh Kerajaan;
  5. - Mengeluarkan Surat Kuasa kepada agensi pelaksana sebulan selepas tarikh penerimaan kelulusan senarai projek.
  6. Menyiapkan projek pembangunan fizikal dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  7. Mengagihkan peruntukan tahunan untuk menampung keperluan agensi pelaksana/pusat tanggungjawab;
  8. - Mengeluarkan waran peruntukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  9. Mengemukakan permohonan pengambilan balik tanah kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi tapak-tapak projek pembangunan pendidikan yang diperakukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dalam tempoh satu bulan.

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)

Aras 1, 3 & 6, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
03-8884 9125 03-8888 9030 khalid.bakar

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.935 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: