direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

sub6

Nama : Hamdan Bin Puteh 

Nama Gred/Jawatan : Setiausaha Bahagian 

Pendidikan :

  • MA in Strategy and Diplomacy, Universiti Kebangsaan Malaysia (2003)
  • Bacelor Agriculture Science, Universiti Pertanian Malaysia (1983)
  • Diploma Pengurusan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (1996)
  • Certificate Lead Auditor, MS ISO 9000:1994 (1998)(QPIC/MFQ)
  • Certificate Lead Auditor, MS ISO 9000:2000 (2001)(QPIC/MFQ) 

Pengalaman Perkhidmatan :      

  • Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, JUSA C (26.3.2018)
  • Perunding Kanan, Bahagian Transformasi Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, JUSA C ( 22.6.2015 – 25.3.2018)
  • Timbalan Pengarah Kanan, Cawangan Dasar Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, JUSA C (1.9.2014 – 21.6.2015)
  • Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Penyelidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam, M54 (22.4.2009 – 30.8.2014)
  • Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Penyelidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam, M52 (21.1.2008 –  21.4.2009)
  • Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam,  M48 (28.12.2007 – 20.1.2008)
  • Penasihat Pendidikan dan Latihan, Kedutaan Besar Malaysia, Seoul, Korea Selatan, M48 (5.4.2004 – 26.12.2007)
  • Ketua Penolong Pengarah, Unit Dasar Pandang ke Timur, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam, M48 (16.2.2004 – 4.4.2004)
  • Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keutuhan Pengurusan (Projek Khas Penubuhan Institut Integriti Malaysia), MAMPU, M48 (22.12.2003 – 15.2.2004)
  • Penolong Setiausaha, Unit Pembangunan, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri, M41 (2.6.2003 – 21.12.2003)
  • Jawatan Kumpulan (Cuti Belajar Kursus Sarjana) (Mei 2002 – Mei 2003)
  • Penolong Pengarah, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti dan Produktiviti, MAMPU Cawangan Sabah, M41 (Jan 1997 – Mei 2003)
  • Penolong Pengarah, MAMPU Ibu Pejabat, M41 (Dis 1996)
  • Jawatan Kumpulan (Cuti Belajar DPA) (Mac 1996 – Dis 1996)
  • Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Sumber dan Institusi, Kementerian Pertanian Malaysia, M41 (Jan 1995 – Mac 1996)
  • Ahli Ekonomi Projek / Pegawai Pertanian Pembangunan, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu, Kalaka – Saribas, Sarawak, A19 (1990 – Jan 1995)
  • Pegawai Akademik, Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang, A19 (1986 – 1990)
  • Pegawai Pertanian Daerah Sepang, Selangor, A19 (1983 -1986)
  • Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Shah Alam, A.19 (Mei 1983 – Jun 1983) 

Anugerah :

  • Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Terbaik Akademik, DPA,  INTAN) (1996)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JPM (1999)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JPA (2009)

Kurniaan :

  • Bintang Cemerlang Melaka (BCM), (2014)

LATAR BELAKANG

Bermula pada 1 November 2002, Kerajaan telah melaksanakan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi anggota perkhidmatan awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002. Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan (PML), Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab melaksanakan PTK bagi warga KPM (kecuali anggota gunasama) mulai tahun 2003.

 

Pada peringkat awal, PTK dilaksanakan oleh Cawangan PML dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Institut Aminuddin Baki (IAB), dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Hal ini disebabkan keupayaan Cawangan PML untuk mengendalikan PTK agak terhad berbanding dengan jumlah calon yang terlalu besar.

 

Mesyuarat Pengurusan KPM pada 15 Disember 2004 telah memutuskan bahawa PTK akan diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Sumber Manusia di mana sekarang dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bermula tahun 2005. Keputusan ini diambil kerana PTK bukan merupakan fungsi utama IAB dan BPG.

 

Disebabkan jumlah calon yang terlalu ramai, maka Mesyuarat Pengurusan KPM memutuskan bahawa BPSM akan menggunakan khidmat “training provider”untuk membantu pengurusan Kursus PTK dalam aspek logistik, manakala BPSM masih bertanggungjawab dalam aspek pendaftaran dan penilaian.

 

Tambahan pula PTK merupakan salah satu syarat yang diperlukan untuk pertimbangan kenaikan pangkat dan anjakan gaji, maka Agensi Pusat bersetuju agar diwujudkan satu Bahagian berasingan untuk menguruskan sepenuhnya PTK di KPM.

 

Rentetan itu, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2007 melalui Waran Perjawatan S4 Tahun 2007 dengan fungsi dan tanggungjawab utamanya adalah untuk menguruskan PTK dan Peperiksaan Perkhidmatan bagi warga KPM. Penempatan awalnya adalah di Cawangan PML, BPSM, Putrajaya.

 

Kefungsian BPPK semakin mencabar dengan pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatam Pendidikan (PBPPP), mencadangkan Dasar dan Standard Kompetensi berasaskan job-based and work place serta melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Awam secara cekap, berintegriti serta akauntabiliti.

 

BPPK secara rasminya berpindah ke Cyberjaya pada Ogos 2008. Lokasi yang amat strategik di tengah-tengah kepesatan pembangunan Cyberjaya memudahkan akses pelanggan yang hendak berurusan dengan BPPK.

 

BPPK diketuai oleh Setiausaha Bahagian dan dua orang Timbalan yang mewakili Sektor Kompetensi dan Sektor Pengurusan. Secara keseluruhannya terdapat tujuh unit yang menjalankan fungsi masing-masing dengan jumlah perjawatan sebanyak 65 jawatan.

 

VISI

Peneraju Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi

 

MISI

Membangun dan Mentadbir Sistem Pembangunan dan Penilaian Kompetensi yang Adil, Telus dan Berwibawa Ke Arah Menjana Modal Insan Yang Kompeten, Kreatif dan Inovatif.

 

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi secara cekap, berintegriti dan berakauntabiliti.
  2. Menyediakan Profil dan Standard Kompetensi yang memenuhi keperluan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi berasaskan tugas dan tempat kerja (job-based and work place).
  3. Menyediakan standard kualiti dan melaksanakan penguatkuasaan pematuhannya dalam penilaian dan pelaksanaan program pembangunan kompetensi dan potensi.
  4. Menggubal sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dapat memenuhi keperluan pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam.
  5. Melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Awam secara cekap, berintegriti dan berakauntabiliti.

 

FUNGSI

  1. Mencadangkan Dasar Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi dan Potensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Pembangunan dan Penilaian Kompetensi dan Potensi serta Peperiksaan Perkhidmatan warga KPM berpandukan dasar yang ditetapkan.
  3. Membangunkan Standard Kompetensi warga KPM berdasarkan Profil Kompetensi.
  4. Menggubal sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Awam bagi Subjek Jabatan Anggota Kumpulan Pelaksana KPM.
  5. Melaksanakan kawalan kualiti pelaksanaan Pembangunan dan Penilaian Kompetensi dan Potensi warga KPM.
  6. Melaksanakan kawalan kualiti pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam KPM.
  7. Menjalankan kajian berkaitan Pembangunan dan Penilaian Kompetensi dan Potensi serta Peperiksaan Perkhidmatan Awam warga KPM.
  8. Mengurusetiakan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia (LPPAKPM).
  9. Mengurusetiakan Panel Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

PIAGAM PELANGGAN

Piagam pelanggan BPPK dalam melaksanakan tugas yang diperuntukan di bawah
Akta Pendidikan 1996, adalah seperti berikut:

  1. Memastikan Dokumen Standard Kompetensi pekerjaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan diterima dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  2. Memastikan rundingcara berkaitan Standard Kompetensi Pekerjaan dan Kurikulum Unit Kompetensi diberikan dalam tempoh 5hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  3. Memastikan keputusan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan PBPPP.
  4. Memastikan rayuan keputusan Penialain Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) diselesaikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima aduan.
  5. Memastikan tawaran menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam dimaklumkan kepada calon yang memohon dan layak dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum tarikh peperiksaan bermula.
  6. Memastikan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam diumumkan melalui laman web SISPPA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh akhir peperiksaan.
  7. Memastikan maklum balas aduan/ pertanyaan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.
  8. Memastikan kajian berkaitan kompetensi warga KPM diselesaikan dalam tempoh 6 bulan.

 

STRUKTUR ORGANISASI

HUBUNGI

 

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Aras 1, Blok 2250,
Century Square 2,
Off Persiaran MultiMedia,
Cyber 6,
63000 Cyberjaya, Selangor
03-8317 9000 03-8317 9119 bppk

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.9275 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: