direktori Direktori webmel Webmel

  • Nama: Dr. Baiduriah binti YaakubDrBaiduriah

    Pendidikan : 

    1. Doctor of Philosophy - Insitute of Education, University of London, 2003

    2. Masters in Education - University of Malaya, 1995

    3. Bachelor of Science with Education (Honours) - University of Malaya, 1983

    Pengalaman Perkhidmatan :

    BIL NAMA INSTITUSI / JABATAN /KEMENTERIAN JAWATAN TARIKH  
    1 Bahagian Matrikulasi, Pengarah 27 Okt 2017  
    Kementerian Pendidikan Malaysia  
    2 Bahagian Matrikulasi, Timbalan Pengarah Jun  2012 - 26 Okt 2017  
    Kementerian Pendidikan Malaysia  
    3 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Pengarah Pusat Penyelidikan , Pembangunan dan Inovasi Mac 2010 - Jun 2012  
     
    4 Bahagian Matrikulasi, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Feb 2008 -  Feb 2010  
    Kementerian Pendidikan Malaysia  
    5 Kolej Matrikulasi Melaka, Ketua Jabatan Matematik dan Sains Informatik Ogos 2005 - Jan 2008  
    Kementerian Pendidikan Malaysia  
    6 Bahagian Matrikulasi, Penolong Pengarah Jan 2002 - Jul 2005  
    Kementerian Pendidikan Malaysia  
    7 Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia Penolong Pengarah Dis 1990 - Sep 1997  
     
    8 SM Raja Abdullah, Kuala Lumpur SM Sultan Abdul Aziz,Kuala Selangor Guru mata pelajaran Matematik dan Fizik; Guru Kanan Fizik, Ketua Peperiksaan SPM Apr 1983 - Nov 1990  
    SM Temenggong Ibrahim, Batu Pahat  

    Kurniaan :

     1. Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)

  • Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Berdasarkan keperluan semasa bagi menampung pertambahan jumlah pelajar cemerlang, mengisi kekosongan tempat di bidang-bidang sains, profesional dan kritikal khususnya pelajar Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pada tahun 1998, Yab Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abd. Razak, yang pada ketika itu Menteri Pendidikan telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrikulasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA.

    Kumpulan pertama (perintis) pelajar program ini pada tahun 1998 terdiri dari kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pemilihan pelajar ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa mereka. Pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pendidikan MARA, Bangi (penempatan sementara) kerana pada ketika itu Kolej Matrikulasi KPM belum siap dibina. Pada tahun 1999, dua kolej pertama KPM iaitu, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) telah membuat pengambilan pertamanya dalam Jurusan Sains dan Perakaunan. Tempoh pengajian selama 1 tahun 6 bulan dalam 3 semester. Ini diikuti dengan pengoperasian 3 buah kolej matrikulasi baru iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) dan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) pada tahun 2000.

    Pada peringkat awal pengambilalihan sehingga tahun 2002, sejumlah 21 buah IPTS telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program Matrikulasi KPM. Pemilihan kolej-kolej ini dibuat melalui satu jawatankuasa khas (Jawatankuasa Validasi) yang merupakan gabungan tenaga pegawai daripada Jabatan Pendidikan Swasta dan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Pemilihan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh BMKPM. Bilangan pelajar yang ditempatkan di IPTS pada setiap sesi berbeza, bergantung kepada bilangan tempat yang boleh disediakan oleh kolej matrikulasi KPM.

    Untuk memastikan program matrikulasi berada pada landasan yang betul, peringkat awal pengurusan dan pengendalian program telah berpandukan kepada program yang sedia ada di IPTA dengan membuat sedikit pengubahsuaian mengikut keperluan KPM. Kepakaran IPTA masih digunakan dalam urusan penggubalan, penaksiran, pemeriksaan dan juga pembangunan kurikulum serta dalam hal-hal lain yang berkaitan. Malahan kursus-kursus peningkatan profesionalisme pensyarah juga masih mengunakan tenaga pakar dari IPTA.

    Program Matrikulasi KPM terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun-PST) pada tahun 2002. Ini diikuti dengan pertambahan beberapa buah kolej baru yang beroperasi mulai tahun 2002, 2003 dan 2010 iaitu Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi telah membuka ruang 10% kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program ini. Pada tahun 2008 pula, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) bagi Jurusan Sains telah ditawarkan khas kepada pelajar Bumiputera. Kemudiannya Program Matrikulasi telah memperluaskan Jurusan Sains dengan menawarkan Aliran Teknikal pada tahun 2009. Ini bertepatan dengan matlamat Teras 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu mengadakan lebih banyak pilihan kepada pelajar dan memberi peluang yang sama kepada semua pelajar lepasan SPM.Tiga (3) buah kolej matrikulasi telah diamanahkan untuk mengendalikan program ini iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK), Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ).

    Pada tahun 2013, dua (2) buah lagi kolej baru telah dibuka iaitu Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dan Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw). Peningkatan jumlah permohonan dan pertambahan jumlah kolej matrikulasi KPM telah menyebabkan lebih ramai pelajar cemerlang SPM mampu ditempatkan bagi mengikuti program ini. Sehingga tahun 2013, seramai 30,000 tempat disediakan bagi pelajar PST dan PDT. 15 buah kolej matrikulasi KPM yang beroperasi sepenuh masa pada tahun 2013 dan mengendalikan Program Matrikulasi.


  • “Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2020”


  • “Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang”


  • Merancang dan menyelaras penglibatan Malaysia di dalam arena pendidikan antarabangsa sama ada di peringkat dua hala ataupun pelbagai hala. Di dalam konteks ini, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa berusaha memastikan:

    1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
    2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan professional; dan
    3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.

    1. Merancang dan menggubal dasar-dasar Program Matrikulasi.
    2. Menggubal dan menentukan dasar-dasar penawaran dan kemasukan pelajar-pelajar ke Program Matrikulasi.
    3. Menggubal dasar kemasukan lulusan Program Matrikulasi ke Universiti Awam (UA). Kemasukan lulusan program ini ke Ijazah Pertama dikendalikan bersama BPKP, KPT.
    4. Mengeluarkan Sijil Matrikulasi KPM.

  • Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dangan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

    1. Kurikulum pengajian Program Matrikulasi disemak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun atau mengikut keperluan semasa.
    2. Keputusan peperiksaan diserahkan kepada pelajar tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh akhir peperiksaan.
    3. Transkrip peperiksaan dikeluarkan tiga puluh (30) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
    4. Keputusan tawaran kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi dikeluarkan di laman web KPM dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
    5. Semua pelajar Program matrikulasi menerima elaun wang saku tidak melebihi dua (2) bilan selepas dokumen pendaftaran diterima oleh kolej matrikulasi.
    6. Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat bekas (14) hari dari tarikh penerimaan (Bagi dokumen yang lengkap).
    7. Maklum balas awal aduan pelanggan diberikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

  • Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
    Bahagian Matrikulasi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
    03-8884 4083 03-8884 4028 info.matrikulasi

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.955 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: