direktori Direktori webmel Webmel

Nama: Rozainum Binti Ahmad.

Pendidikan :
Ijazah Sarjana Lanjutan Pengurusan, Universiti Malaya 1997
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu, Universiti Malaya 1981
Diploma Pendidikan Bahasa Melayu Dan Sejarah, Universiti Malaya 1982

 

Pengalaman Perkhidmatan :

 

  1. Bahagian Kurikulum Dan Kesenian, Pengarah (2014 - Kini)
  2. Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Sektor Pembangunan Kompetensi Timbalan Setiausaha Bahagian (PK) DG54 (2010 – 2014)
  3. Bahagian Pendidikan Khas, Timbalan Pengarah DG54 (2007-2009)
  4. Bahagian Teknologi Pendidikan, Timbalan Pengarah DG54 (2005-2007)
  5. Pengetua Cemerlang (2004-2005)
  6. Guru Penolong Kanan 1 (2001-2003)
  7. Guru Cemerlang (1993-2001)
  8. Guru (1983-1993)

Kurniaan :

  1. Kesatria Memangku Negara (K.M.N)
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat KPM - 1994, 1996, 2003
  3. Anugerah Kehadiran Bekerja Tanpa Catatan Merah Sepanjang Tahun, Peringkat Bahagian/Jabatan - 2011
  4. Anugerah Kehadiran Bekerja Tanpa Mengambil Cuti Sakit Sepanjang Tahun 2011, Peringkat Bahagian/Jabatan - 2011
  5. Anugerah Kehadiran Bekerja Tanpa Mengambil Cuti Kecemasan Sepanjang Tahun 2011, Peringkat Bahagian/Jabatan - 2011
  6. Anugerah Pengurusan Cemerlang Pusat Sumber, Peringkat Negeri -2006
  7. Johan Syarahan Agama Tadarus Al-Quran, Peringkat Daerah - 2006
  8. Johan Syarahan PNB, Peringkat Negeri - 2006
  9. Pemimpin Cemerlang Sekolah Menengah, (SMK Taman Tasik), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan, Peringkat Negeri - 2005
  10. Johan Inisiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan Dan Keceriaan Sekolah (3K), Peringkat Kebangsaan - 2005
  11. Anugerah Pengurusan Cemerlang Bilik Peperiksaan, Peringkat Negeri - 2005
  12. Anugerah Pengurusan Cemerlang Bilik Darjah, Peringkat Negeri - 2005
  13. Anugerah Khas Sekolah Harapan Negara, Peringkat Daerah - 2005
  14. Anugerah Sekolah Menengah Cemerlang, Peringkat Daerah - 2005
  15. Johan Inisiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan Dan Keceriaan Sekolah (3K), Peringkat Negeri - 2004
  16. Johan Sekolah Harapan Negara (Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar), Peringkat Negeri - 2004
  17. Naib Johan Sekolah Harapan Negara (Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar), Peringkat Kebangsaan - 2004
  18. Anugerah Guru Inovasi, Peringkat Negeri - 2004
  19. Anugerah PIBG Paling Aktif, Peringkat Negeri - 2004

 

Pada tahun 1989 penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya di Bahagian Sekolah telah mewujudkan Unit Kokurikulum dan Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kedua-dua unit ini berperanan menyelaraskan aktiviti kokurikulum, mata pelajaran Pendidikan Jasmani serta kegiatan sukan di sekolah. Sebagai manifestasi kesungguhan KPM untuk melihat penglibatan murid-murid secara menyeluruh dan berkesan dalam kegiatan sukan, unit sukan Bahagian Sekolah telah ditingkatkan fungsinya kepada Bahagian Sukan pada 1 Oktober 1995. Namun pada tahun 2003 Bahagian ini telah diperluaskan skopnya dengan terbentuknya Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan (JPJS).

Manakala Unit Kokurikulum yang berada di Bahagian Sekolah telah diperluaskan skopnya dengan penubuhan beberapa subunit bagi membantu mengupaya dan menyemarakkan aktiviti kokurikulum di semua peringkat. Pada tahun 2007, bagi menyerlahkan aktiviti kesenian di semua peringkat, atas saranan Menteri Pendidikan pada masa itu, dua buah sekolah seni diwujudkan di Kucing, Sarawak dan di Johor Bharu, Johor berdasarkan keputusan Persidangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia pada November 2004. Pengurusan pentadbiran kedua-dua sekolah ini diuruskan oleh Unit Pengurusan Sekolah yang berfungsi di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan. Walaubagaimanapon pada tahun 2008, berdasarkan penyusunan dan penstrukturan semula, Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Kokurikulum, di Bahagian Sekolah telah diserapkan ke dalam JPJS dan tertubuhnya Bahagian Sukan, Seni dan kokurikulum (BSSK), manakala, pada tahun 2010, melalui arahan Y.A.B Menteri Pelajaran supaya penstukturan BSSK dilaksanakan telah memisahkan fungsi kokurikulum dan sukan di bawah satu pentadbiran bahagian yang berasingan. Maka tertubuhnya Bahagian Kokurikulum dan Kesenian mulai Julai 2010.

Melalui waran penjawatan Bil. 181/2011 BKK diketuai oleh seorang pengarah gred DG54 dan dibantu oleh dua orang Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) DG52. Terdapat 2 sektor utama yang melaksanakan funsi utama BKK iaitu Sektor Pengurusan Kokurikulum dan Sektor Pengurusan Seni. Sektor lain yang terdapat dalam waran ini adalah Sektor Khidmat Pengurusan BKK yang diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik gred M44/M41.

Pada masa ini BKK beroprasi di Aras 3, Blok E9 dengan bilangan pegawai 30 orang dan 18 orang kakitangan sokongan. Bagi urusan rasmi dan surat-menyurat boleh dihubungi melalui alamat rasmi pejabat BKK seperti di bawah:

Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian
Aras 3, Blok E9, Kompleks Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
No. Telefon : 03 – 88721610
No. Faks : 03 – 88721608 / 1609

 

Kecemerlangan potensi murid serta pengukuhan perpaduan melalui kokurikulum dan kesenian

 

Melaksanakan program pendidikan kokurikulum dan kesenian ke arah memperkembangkan potensi murid yang menghayati nilai selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

  1. Merancang dan melaksanakan dasar berkaitan kokurikulum, sekolah seni dan pusat kokurikulum dalam pelbagai peringkat .
  2. Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan kesenian murid pada peringkat antarabangsa, kebangsaan dan negeri.
  3. Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian sekolah seni Malaysia.
  4. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian pusat kokurikulum.
  5. Merancang, mengurus dan memantau pengiktirafan dan penghargaan terhadap murid dan guru dalam aktiviti kokurikulum dan kesenian.
  6. Merancang dan melaksanakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam pelaksanaan program kokurikulum dan kesenian.

 

Terdapat dua fungsi utama Bahagian:

    1. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti kokurikulum
      • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti murid berkaitan Pasukan Badan Beruniform;
      • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti murid berkaitan Kelab dan Persatuan;
      • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti murid berkaitan Pendidikan Luar;
      • Menyelaras dan menyelia pentadbiran Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah;
      • Menyelaras dan menyelia pembangunan Kejurulatihan Kokurikulum;
      • Penyelarasan dan Pelaksanaan Dasar Operasi Kokurikulum;
      • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti murid berkaitan Pembangunan Bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris);
      • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti murid berkaitan Pembangunan Sains, Matematik dan Teknologi;
      • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti murid berkaitan Pembangunan Sains Sosial dan Lawatan Murid;

 

  1. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti pengurusan seni
    • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti murid berkaitan Pembangunan Bakat Seni
    • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program/aktiviti murid berkaitan Pembangunan Kebudayaan
    • Menyelaras dan menyelia pentadbiran Sekolah Seni Malaysia
    • Menyelaras dan menyelia pembangunan kejurulatihan kesenian dan penyelarasan dan pelaksanaan Dasar Operasi Kokurikulum

 

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut :

  1. Memastikan semua murid berpeluang mengikuti aktiviti kokurikulum dan kesenian.
  2. Mengenal pasti dan menyediakan peluang kepada murid yang berpotensi untuk mengembangkan bakat dalam bidang kokurikulum dan kesenian.
  3. Meningkatkan profesionalisme guru dan jurulatih dalam bidang kokurikulum dan kesenian secara berterusan.
  4. Memastikan semua aduan, rayuan dan maklumbalas diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.
  5. Memastikan tawaran kemasukan ke sekolah seni Malaysia diselesaikan dalam tempoh 45 hari selepas keputusan UPSR diumumkan.
  6. Memastikan pelanggan dan ‘stakeholders’ menerima layanan yang mesra, saksama dan mendapat bantuan sewajarnya.

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Telefon Faks Emel
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Aras 3, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
03-8872 1610 03-8872 1608  

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.085 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: