direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama: Noor Azman Bin Muhammad Noor

Pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
Ijazah Sarjana Pengurusan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengalaman Pendidikan:

  1. Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan(16 Mei 1998)
  2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan(1 Februari 2002)
  3. Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan(23 April 2004)
  4. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi(11 Februari 2008)
  5. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri(22 Disember 2008)
  6. Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi (1 Ogos 2011)
  7. Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pengajian Tinggi (1 September 2013)
  8. Bahagian Kewangan (16 Mei 2015)
  9. Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pendidikan Malaysia (27 Julai 2015)

Kurniaan:

LATAR BELAKANG

VISI

Menyediakan khidmat pengurusan yang berkualiti dalam mendokong sistem penyampaian perkhidmatan KPM.

MISI

Peneraju kecemerlangan tadbir urus yang berkualiti dan berinovasi bagi Kementerian Pendidikan Malaysia

OBJEKTIF

 

  1. Mengurus hal ehwal pentadbiran dan perkhidmatan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi
  2. Merancang, menyelaras dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan, Penyediaan Outcome Based Budgeting (OBB) serta kawalan peruntukan Dasar Sedia Ada (DSA) ABM Tahunan.
  3. Merancang, mengurus dan melaksanakan pengurusan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi.
  4. Merancang, mengurus dan melaksana Sistem Pengurusan Kualiti dan Inovasi di Kementerian melalui Pengurusan Penarafan Sistem Star Rating, Standard Piawaian MS ISO, Pencapaian Piagam Pelanggan, Pembudayaan Inovasi dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
  5. Merancang, mengurus dan melaksana program utama Kementerian dan khidmat nasihat protokol.
  6. Merancang, menyelaras dan mengurus sistem pengurusan rekod secara sistematik dan sempurna di Kementerian dan agensinya.
  7. Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan dan keselamatan bangunan merangkumi penyelenggaraan sivil, elektrikal, mekanikal, keselamatan fizikal dan pengurusan lalulintas di Kompleks E, KPM.

FUNGSI

PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN

  1. Pengurusan hal ehwal pentadbiran bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan KPM.
  2. Pengurusan hal ehwal perkhidmatan bagi pegawai-pegawai di Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit bawah Pengurusan Tertinggi dan BKP
  3. Pengurusan Kenderaan Fleet Kementerian (SPANCO).

KEWANGAN

  1. Merancang, menyelaras, menyelia dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan, Penyediaan Outcome Based Budgeting (OBB) serta kawalan peruntukan Dasar Sedia Ada (DSA) ABM Tahunan,
  2. Merancang dan melaksanakan pengurusan akaun Bahagian dan Unit-unit di bawah Pengurusan BKP bagi 3 aktiviti utama (Pengurusan Tertinggi, Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat- bagi Bahagian Pusat Tanggungjawab (PTJ) 140201 dan Sistem Perancangan dan Kawalan Perbelanjaan (eSPKB).
  3. Mengurus dan mengakaunkan terimaan dan hasil serta menyediakan Penyata Pemungut di peringkat Bahagian.
  4. Menyelaras, menyedia dan mengemukakan jawapan / maklumbalas pertanyaan / teguran Jabatan Audit Negara / Bahagian Audit Dalam / naziran serta laporan secara berkala kepada Bahagian Kewangan dan Bahagian Akaun mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

PENGURUSAN KUALITI

  1. Merancang, menyelaras dan menguruskan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan bahagian.
  2. Merancang, menyelaras dan menguruskan aset bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan bahagian.

PENGURUSAN INOVASI

  1. Pengurusan Program Kesedaran dan Pembudayaan Inovasi.
  2. Pengurusan Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Kementerian, Kebangsaan dan Antarabangsa.

PENGURUSAN MAJLIS

  1. Merancang, mengurus dan melaksana program utama Kementerian dan khidmat nasihat protokol.
  2. Menguruskan pasukan protokol Kementerian.

PENGURUSAN REKOD

  1. Membangunkan klasifikasi fail berdasarkan klasifikasi fail Arkib Negara.
  2. Melaksanakan sistem pengurusan rekod elektronik secara berpusat di Kementerian (DDMS).
  3. Menguruskan Registri Berpusat Kementerian.
  4. Melaksanakan program kesedaran pengurusan rekod melalui khidmat nasihat, kursus dan taklimat.
  5. Menyelaras pelantikan pegawai pengelas, pendaftar rahsia, pegawai keselamatan berjadual dan pegawai/pembantu tadbir rekod jabatan
  6. Melaksanakan inspektorat pengurusan rekod bagi mematuhi perundangan dan peraturan pengurusan rekod melalui Tim Inspektorat Pengurusan Rekod
  7. Mengurus dan memastikan pelupusan rekod dilaksanakan secara sistematik di Kementerian.
  8. Menguruskan dokumen terperingkat mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Arahan Keselamatan

KESELAMATAN DAN PENYELENGGARAAN

  1. Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan dan keselamatan bangunan merangkumi penyelenggaraan sivil, elektrikal, mekanikal, keselamatan fizikal dan pengurusan lalu lintas di Kompleks E, KPM
  2. Merancang, mengurus ruang pejabat melalui Jawatankuasa Pengurusan Ruang Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Merancang, mengurus dan menyelia penggunaan kemudahan gunasama Kementerian.
  4. Memantau penyelesaian aduan oleh kontraktor penyelenggaraan lantikan JKR.

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERJANJI AKAN :

  • Memastikan pengemaskinian Buku Perkhidmatan Kerajaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima surat bagi urusan pertukaran keluar pegawai.
  • Memastikan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima bil dan dokumen yang lengkap.
  • Melaksanakan program/ bengkel penilaian Sistem Star Rating KPM 2 kali setahun.
  • Menganjurkan Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK), Anugerah Inovasi dan Hari Inovasi Peringkat KPM sekali setahun.
  • Menganjurkan bengkel program kesedaran kualiti dan inovasi seperti MS ISO, EKSA dan Audit ISO sebanyak 2 kali setahun.
  • Memastikan pelaksanaan Inspektorat Pengurusan Rekod KPM sekali setahun.
  • Melaksanakan Program Kesedaran Pengurusan Rekod KPM 2 kali setahun.
  • Menguruskan permohonan Kad Akses bagi semua anggota yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh 7 hari bekerja setelah menerima borang lengkap dari pemohon.
  • Memastikan aduan kerosakan mekanikal, elektrikal, kerja kejuruteraan awam dan pembersihan di Kompleks E, KPM diberi akuan terima oleh kontraktor dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima.
  • Mengurus dan menyelaras kemudahan Dewan Serbaguna, bilik-bilik mesyuarat, bilik perbincangan dan ruang sidang media serta bilik jamuan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tempoh tempahan diterima.

STRUKTUR ORGANISASI

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 6, Blok E8,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
03-8884 6165 / 6163 03-8889 5235 / 03-8884 6098 bkp
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.83 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: