direktori Direktori webmel Webmel

Nama: Dato' Abd Wahid bin Ahmad

Pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, Sains Pembangunan, Universiti Malaya (1982)
Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA), Pengurusan Awam, Birmingham University, United Kingdom (1998)

Pengalaman Perkhidmatan :

1. Pegawai Pemasaran, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Kuala Lumpur (1983 – 1984)
2. Pegawai Pentadbiran, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Johor Baharu (1985 – 1986)
3. Penolong Setiausaha, Kementerian Perusahaan Utama (1988 – 1997)
4. Penolong Setiausaha, Kementerian Luar Bandar (1998 – 2000)
5. Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kewangan Malaysia (Seksyen Kawalan dan Pemantauan, Bahagian Belanjawan) (2000 – 2001)
6. Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Kewangan Malaysia (Bahagian Kawalan & Pemantauan) (2001 – 2007)
7. Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak, Perbendaharaan Malaysia Sarawak (2007 – 2008)
8. Ketua Seksyen (Pentadbiran Am), Kementerian Kewangan Malaysia (Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan) (2008 – 2012)
9. Timbalan Pengarah Kanan (Fasiliti), Kementerian Kewangan Malaysia (Unit Strategi Nasional) (2013 – 2014)
10. Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Kewangan Malaysia (Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan) (2014 – 2015)
11. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (Nov 2015 – Kini)

Kurniaan :

1. Ahli Mangku Negara (A.M.N) 2006
2. Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K) 2014
3. Johan Setia Mahkota (J.S.M) 2015
4. Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) - Membawa gelaran Dato’ 2015

Anugerah :

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2001
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2005
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2011

 

 

Mengurus kewangan KPM secara cekap, berkesan dan berhemah melalui perancangan, pelaksanaan, penguatkuasaan bersepadu dan meningkatkan tadbir urus yang berkualiti.

 

Mencapai tahap pengurusan kewangan yang cemerlang bertaraf dunia.

 

  • Merancang keperluan kewangan KPM
  • Mengurus dan menyalur peruntukan kepada Program dan Aktiviti KPM
  • Mengawal dan menilai prestasi perbelanjaan KPM
  • Mengurus bantuan persekolahan dan institusi pendidikan
  • Menyediakan anggaran hasil dan menyelaras terimaan KPM
  • Melaksanakan dasar berhubung saraan dan wang awam KPM

Objektif Umum:
Merancang, melaksana, mengawal dan menilai pengurusan kewangan KPM supaya diuruskan secara cekap, ekonomik dan berkesan.

 

 

Objektif Operasi:

  • Menentukan peruntukan kewangan yang disediakan, diurus dan dibelanjakan secara optimum.
  • Memastikan pelaksanaan pengurusan kewangan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan pengurusan kewangan secara cekap, ekonomik dan berkesan.
  • Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan

 

Kami berjanji akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti berorientasi pelanggan seperti berikut :

  • Mengagihkan Waran Pertama Peruntukan Belanja Mengurus kepada semua Bahagian/Jabatan dalam tempoh 10 hari selepas menerima Waran Am.
  • Mempertimbangkan permohonan pindah peruntukan (viremen) dan tambahan peruntukan di peringkat Pegawai Pengawal diproses dan diputuskan secara bertulis dalam tempoh 14 hari.
  • Memastikan permohonan kelulusan bertugas rasmi luar negara dipertimbangkan oleh Pegawai Pengawal dalam tempoh tidak melebihi 14 hari.
  • Memastikan penilaian program dilaksanakan lima tahun sekali ke atas program/aktiviti yang diluluskan.
  • Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan dalam tempoh 3 hari.
  • Memproses dan meluluskan Permohonan Pakej dalam tempoh 14 hari.
  • Memproses dan meluluskan Pembiayaan/Pinjaman Kenderaan melalui Skim Pinjaman Kenderaan (melalui bank) dalam tempoh 30 hari.
  • Memproses dan meluluskan Pembiayaan Komputer dalam tempoh 10 hari.
  • Memproses dan memperaku Pendahuluan Diri Gaji dan Elaun dalam tempoh 7 hari.
  • Menyediakan maklum balas terhadap teguran audit dalam tempoh 30 hari.
  • Melaksanakan pembayaran bantuan persekolahan di bawah ABM mulai minggu ketiga bulan Januari .
  • Melaksanakan pembayaran biasiswa kepada murid (tertanggung) mulai minggu kedua bulan Februari.

 

carta organisasi

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Telefon Faks Emel
Bahagian Kewangan,
Aras 6 & 7, Blok E12,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
03-8884 7700 03-8884 7679  

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.0175 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: