direktori Direktori webmel Webmel

Dr AneseeNama: Dr. Anesee bin Ibrahim

Pendidikan : 

  • Ijazah Kedoktoran, University of Durham, UK (Statistik), 2008
  • Ijazah Sarjana, Universiti Teknologi MARA (Teknologi Maklumat), 2000
  • Ijazah, Institut Teknologi MARA (Statistik), 1992
  • Diploma, Institut Teknologi MARA (Statistik), 1989

Pengalaman Perkhidmatan :

 

1. Julai 2017 – semasa

  • Setiausaha Bahagian (Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa) Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia
  • National Point of Contact for ISESCO Malaysia

2. Nov 2015 – Julai 2017

  • Pendaftar INTAN, Pejabat Pendaftar, Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara

3. Sept 2013 – Nov 2015

  • Felo Penyelidik Kanan, Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara

4. Jan 2010 – Sept 2013

  • Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

5. Julai 2008 – Dis 2009

  • Ketua Program, Konsultansi dan Pembangunan Latihan, INTAN, JPA

6. Okt 2004 – Jun 2008

  • Mengikuti Kursus Phd in Statistic, Mathematical Science Department, Durham University, UK

7. Jun 2003 – Okt 2004

  • Ketua Unit Korporat, INTAN Bukit Kiara, JPA

8. Jan 2001 – Jun 2003

  • Penyelaras Program, INTAN Bukit Kiara, JPA

9. Jun 1999 – Dis 2000

  • Mengikuti Kursus Sarjana Sains Teknologi Maklumat (MSc) di UiTM, Shah Alam

10. Apr 1996 – Jun 1999

  • Penyelaras Program, INTAN Bukit Kiara, JPA

11. Apr 1995 – Apr 1996

  • Diploma Pentadbiran Awam, INTAN

12. Mac 1994 – Apr 1995

  • Penyelaras Program, INTAN Bukit Kiara, JPA

Kurniaan :

2012 – Ahli Mangku Negara (A.M.N)

 


Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) ditubuhkan untuk membantu Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) meningkatkan penglibatannya dalam pengantarabangsaan pendidikan melalui hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan negara luar bertujuan untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Pewujudan bahagian ini bermula dengan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1958 dan penubuhan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1966.

Pada tahun yang sama, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia di UNESCO ditubuhkan di Paris untuk memantapkan penglibatan Malaysia. Tanggungjawab dan fungsi bahagian ini terus berkembang dengan penyertaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Negara-negara Islam (ISESCO),Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Negara Asia Tenggara (SEAMEO), Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik(APEC) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Bahagian ini juga menerajui usaha dalam memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada penglibatan dan keahlian dalam pertubuhan dan organisasi antarabangsa. Pada 16 Mei 2008, selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, bahagian ini mula dikenali sebagai Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa apabila fungsi Bahagian Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dipindahkan ke bahagian ini.

 

Menerajui pengantarabangsaan pendidikan Malaysia

 

Menyediakan khidmat pengantarabangsaan melalui pengurusan berkualiti

 


Merancang dan menyelaras penglibatan Malaysia di dalam arena pendidikan antarabangsa sama ada di peringkat dua hala ataupun pelbagai hala. Di dalam konteks ini, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa berusaha memastikan:

  1. Keberkesanan penglibatan Malaysia dalam program-program dan aktiviti-aktiviti pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau
  2. Peningkatan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya dengan negara-negara yang telah menandatangani perjanjian kerjasama
  3. Peningkatan imej dan kepimpinan negara melalui penyertaan dan sumbangan yang berkesan kepada pertubuhan-pertubuhan dan negara-negara yang berkaitan
  4. Keberkesanan usaha-usaha kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan di rantau Asia Pasifik

 

BDHA – sebuah bahagian bertanggungjawab terhadap Ketua Setiausaha KPM melaksanakan empat peranan utama berikut :

    1. Penggerak Hubungan Dua Hala (Bilateral)

 

      1. Menguruskan perjanjian-perjanjian kerjasama (Mou) di antara Malaysia dengan negara-negara sahabat dalam bidang pendidikan
      2. Meningkatkan hubungan baik dan kerjasama dua hala Malaysia dengan negara sahabat dalam bidang pendidikan; dan
      3. Menjalin dan menguruskan lawatan-lawatan rasmi luar negara.

 

    1. Pemacu Hubungan Pelbagai Hala (Multilateral)

 

      1. Meningkatkan kerelevenan Malaysia dalam pertubuhan sejagat dan serantau seperti ASEAN, APEC, OIC, SEAMEO, Komanwel, G15 dan sebagainya khasnya dalam bidang pendidikan.

 

    1. Penyelaras Hal-Ehwal UNESCO-Malaysia

 

      1. Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia; dan
      2. Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO di Paris

 

    1. Perancang Dan Pemantau Dasar Makro Serta Keurusetiaan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM

 

      1. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai dasar Makro KPM;
      2. Mengurus dan menyelaras semua urusan maklum balas awal Jemaah Menteri / Memorandum Jemaah Menteri / Nota Jemaah Menteri, KPM dan ulasan agensi / kementerian luar;
      3. Urus setia Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri; Mesyuarat Pengurusan Tertinggi; Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian; Mesyuarat KPM-KPT dan Jawatankuasa Kebajikan Pendidikan, Agama dan Latihan;
      4. Menyelaras dan menyemak kertas dasar/makluman.

 

Kami, anggota Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan penuh mesra bagi:

  1. Menyebarkan maklumat mengenai program dan aktiviti anjuran pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau serta negara-negara luar dalam tempoh 3 hari bekerja setelah diterima;
  2. Memproses dan menyelaras semua permohonan berkaitan program/aktiviti antarabangsa dalam tempoh 15 hari bekerja setelah diterima;
  3. Memastikan semua urusan persediaan lawatan Kementerian Pelajaran ke luar negara di peringkat Anggota Pentadbiran dan pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia disempurnakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh lawatan;
  4. Menyediakan Nota Ikhtisar untuk sebarang lawatan rasmi delegasi Malaysia ke luar negara dan delegasi luar negara ke Malaysia dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh lawatan;
  5. Mengadakan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman dalam bidang pendidikan dalam tempoh 2 bulan setelah draf muktamad dipersetujui oleh kedua-dua negara dan diluluskan oleh Jemaah Menteri;
  6. Mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) didalam tempoh 1 bulan setelah draf agenda dipersetujui oleh kedua-dua pihak; dan
  7. Memastikan minit mesyuarat-mesyuarat peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja.

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Telefon Faks Emel
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
Aras 7, Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Malaysia
03-8884 6109 03-8889 5473  
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.0325 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: