direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama: Encik Azmi Bin Mohammad

Pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian Dalam Sains Komputer (Matematik Dan Komputer)

Pengalaman Perkhidmatan :

  1. 8.7.1991 - 14.8.1992 – Juruaudit Di Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan
  2. 15.8.1992 - 31.12.1995 – Juruaudit Di Bahagian Persekutuan (Seksyen Audit Kesihatan) Jabatan Audit Negara
  3. 2.1.1996 - 30.11.2000 – Juruaudit Di Bahagian Audit Dalam, Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat
  4. 1.12.2000 - 28.2.2003 –Juruaudit Di Bahagian Audit Sekolah Negeri Sembilan
  5. 1.3.2003 - 31.12.2003 – Juruaudit Di Jabatan Audit Negara Negeri Perak
  6. 1.1.2004 - 16.12.2007 – Juruaudit Di Jabatan Audit Negara Negeri Pahang
  7. 17.12.2007 - 30.7.2008 – Juruaudit Di Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia
  8. 1.8.2008 - 4.1.2015 – Timbalan Pengarah Di Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu
  9. 5.1.2015 - 14.1.2016 – Timbalan Pengarah Audit Negara Negeri Johor
  10. 15.1.2016 - Sekarang – Setiausaha Bahagian Di Bahagian Audit Sekolah

Kurniaan/Anugerah Khidmat Cemerlang: -

LATAR BELAKANG

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 yang dibuat di bawah seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), antara lain, menghendaki sesuatu Institusi Pendidikan Islam atau Institusi Pendidikan Kerajaan atau Bantuan Kerajaan yang menerima bantuan kewangan, menyediakan dan mengemukakan penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum kepada Ketua Pusat Tanggungjawab. Penyata ini yang kemudiannya hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Audit Sekolah untuk tujuan pengauditan tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya. Bagi memenuhi peruntukan peraturan ini, Bahagian Audit Sekolah telah menjalankan tiga (3) jenis kaedah pengauditan seperti berikut: -

  • Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan
  • Pengauditan Pematuhan
  • Pengauditan Terhadap Program Bantuan

Bahagian ini diketuai oleh Setiausaha Bahagian dan mempunyai 466 pegawai-pegawai yang ditempatkan di Ibu Pejabat Putrajaya dan 21 Bahagian Audit Sekolah cawangan negeri di seluruh Malaysia.

VISI

Cemerlang dalam khidmat pengauditan.

MISI

Menyumbang kepada prestasi cemerlang pengurusan kewangan dan akauntabiliti sekolah.

OBJEKTIF

Menjalankan pengauditan terhadap akaun sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi memastikan wujud akauntabiliti dalam pengurusan kewangan serta melaporkan kepada pihak pengurusan.

FUNGSI

  • Memeriksa dan mengesahkan penyata kewangan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
  • Menentukan pengurusan dan kawalan kewangan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dijalankan dengan baik, teratur dan kemaskini serta mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan
  • Memberi pendapat sama ada penyata kewangan yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan  sekolah yang benar dan saksama
  • Menentukan sama ada program bantuan kerajaan telah digunakan dengan cekap, berhemat dan dibelanjakan bagi maksud yang diberi

PIAGAM PELANGGAN

  1. Mengeluarkan Pemerhatian Audit Ringkas semasa sesi exit conference untuk menjelaskan penemuan audit, kesimpulan dan syor bagi membolehkan sekolah-sekolah untuk mengambil langkah-langkah pembetulan dan tindakan yang berkesan untuk menangani isu yang dibangkitkan.
  2. Melaksanakan program sekolah angkat untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang memerlukan petunjuk untuk mengatasi kelemahan dalam pengurusan kewangan mereka.
  3. Bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri / Institut Aminuddin Baki untuk memberi ceramah / kursus / latihan / bengkel dalam bidang perakaunan dan pengurusan kewangan.

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Audit Sekolah
Aras 2, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
03-8872 1721 03-8872 1736 bas
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.9275 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: