direktori Direktori webmel Webmel

Nama: Puan Wee Swee Geok

Pendidikan:
Sarjana Muda Ekonomi

Pengalaman Perkhidmatan:

1. Juruaudit di Jabatan Audit Negara
2. Ketua Audit Dalam, Perbendaharaan Malaysia
3. Setiausaha Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kurniaan:

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
2. Bintang Cemerlang Melaka

 

Bahagian Audit Dalam (BAD), Kementerian Pendidikan Malaysia telah diwujudkan pada tahun 1982 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979. Peranan dan tanggungjawab Bahagian Audit Dalam ini diperkemas dan dimantapkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 3.1/2013. Pekeliling ini juga memberi penjelasan mengenai peranan dan tanggungjawab Unit Audit Dalam selain peranan dan tanggungjawab Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan Persekutuan atau Setiausaha Kerajan Negeri dan Perbendaharaan Malaysia.

Selain itu, Bahagian Audit Dalam juga melaksanakan pengauditan seperti berikut:

  • Menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan di Pusat Tanggungjawab secara pusingan
  • Menjalankan Pengauditan Prestasi, Pengauditan Perolehan, dan Pengauditan ICT terhadap program/aktiviti Kementerian yang mempunyai impak Kepada kepentingan awam serta berperuntukan besar.

Bahagian Audit Dalam juga menyedia, menetap, menyelaras, dan membantu semua pegawai untuk mendapatkan latihan yang mencukupi bagi memastikan pegawai Bahagian Audit Dalam sentiasa kompeten dalam melaksanakan tugas serta menetapkan senarai tugas setiap pegawai selaras dengan 1Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1/2013.

 

Menjadi pemacu kecemerlangan pengurusan kewangan dan meningkatkan akauntabiliti Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan mengemukakan Laporan/ Pemerhatian Audit yang objektif kepada Ketua Setiausaha ke arah meningkatkan akauntabiliti Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

 

Bahagian Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

Di samping itu, Bahagian Audit Dalam juga berperanan membantu Kementerian mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus. Berikut adalah beberapa lagi fungsi-fungsi utama Bahagian Audit Dalam:

  1. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
  2. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
  3. Mengkaji aktiviti organisasi supaya diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
  4. Mengkaji aset dan kepentingan organisasi supaya dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewenggan.
  5. Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
  6. Melaporkan kepada Setiausaha Kementerian hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan.
  7. Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Setiausaha Kementerian.
  8. Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit.

 

Kami anggota Bahagian Audit Dalam dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  1. Meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di Bahagian / Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Menjalankan pengauditan secara profesional dengan berpandukan kepada standard pengauditan yang diterima umum.
  3. Menyediakan Laporan / Pemerhatian Audit yang bebas dan objektif.
  4. Menyiapkan Laporan / Pemerhatian Audit dalam tempoh satu ( 1 ) bulan selepas tarikh pengauditan.
  5. Mengeluarkan Laporan Tahunan 3 bulan selepas berakhir tahun kewangan.

 

--

-->

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Telefon Faks Emel
Bahagian Audit Dalam,
Aras 4, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
03-8884 5430 03-8884 5431  
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.83 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: