direktori Direktori webmel Webmel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru bagi Jilid 13/2018.

3. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai/pensyarah/guru daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang artikel berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.

4. Bersama-sama ini disertakan garis panduan penulisan artikel mengikut format yang ditetapkan untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Februari 2019.

5. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia jurnal di Sektor Dasar Keguruan, Cik Noradlina binti Mohd di talian 03-88841221 atau email; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Muat Turun;

Surat [di sini]

Garis Panduan Penulisan Artikel Jurnal [di sini]

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.77 s.

Murid/Pelajar/Pelatih
Orang Awam
Warga KPM