direktori Direktori webmel Webmel

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima surat tawaran biasiswa bagi Certificate in English Language Teaching-Secondary (CELT-S) daripada SEAMEO RELC sempena ulang tahunnya yang ke-50. Untuk makluman, program biasiswa CELT-S telah direka bentuk oleh Cambridge English khususnya bagi guru-guru Bahasa Inggeris di dalam perkhidmatan yang bertugas di sekolah menengah. Program ini akan dijalankan mengikut empat fasa seperti berikut:

(i) Fasa 1: (13 Ogos - 5 Oktober 2018) - 8 minggu

Fasa Pembelajaran Online (20 jam)

(ii) Fasa 2: (22 Oktober - 9 November 2018) - 3 minggu

Face-to-face Learning (66 jam)

(iii) Fasa 3: (19 November - 8 Februari 2019) - 12 minggu

Fasa Pembelajaran Online (40 jam)

(iv) Fasa4: (13 - 20 Februari 2019 / 20 - 28 Februari 2019) - 1 minggu

Fasa On-site visit and teaching observation (20 jam)

Untuk makluman, biasiaswa yang ditawarkan adalah merangkumi yuran pendaftaran dan kelas, elaun sara hidup serta kos tiket kapal terbang (roundtrip economy class air-ticket secara reimbursement) dan penginapan, manakala tuntutan perjalanan dalam negeri perlu di tanggung oleh Bahagian/Jabatan masing-masing.

Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa guru-guru Bahasa Inggeris di dalam perhidmatan yang bertugas di sekolah menengah untuk membuat permohonan. Permohonan yang telah dilengkapkan berserta dokumen-dokumen seperti di bawah perlulah sampai ke Bahagian ini selewat-selewatnya pada 20 April 2018 jam 5.00 petang untuk tindakan selanjutnya.

  • resume Ringkas/Tugas Semasa PPP;
  • salinan Kad Pengenalan – disahkan;
  • salinan Passport (belum tamat tempoh jika ada) – disahkan;
  • salinan ijazah/diploma (Linguistics/ English Language/TESOL/Education) - disahkan;
  • salinan transkrip (versi Bahasa Inggeris) - disahkan;
  • 2 reference letters; dan
  • keputusan terkini TOEFL/IELTS/berkaitan- disahkan.

Sila hantarkan borang permohonan berserta dokumen yang berkenaan ke alamat berikut;

Bahagian Pendidikan Guru
Sektor Dasar Keguruan,
Aras 3, Blok E 13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: En. Ahmad Saifuldin Bin Makkah)
03-88841067

Sila Muat Turun  borang permohonan tuan/puan. Selamat maju jaya dan terima kasih.

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.935 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: