direktori Directory webmel Webmail

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2017 bermula 29 Ogos 2017 hingga 15 September 2017 (Peringkat permohonan calon).

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Gred DG41/42 sebelum atau pada 31 Disember 2017 sebagai Guru Besar Ex-PPPLD serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan Sistem ePangkat. Permohonan yang dikemukakan ke BPSM secara luar talian tidak akan dipertimbangkan.

 
Bagi Guru Besar yang layak dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara Time-Based Ex-PPPLD pada 2017 dan sebelumnya adalah TIDAK DIBENARKAN memohon urusan pemangkuan Laluan Khas ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK Ex-PPPLD tertakluk kepada iklan yang akan dibuka.
 
Iklan boleh mula dipohon mulai 29 Ogos 2017.
 
Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah.
 
 
 
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 4.6575 s.

Color Theme: yellow green red
Font Size:
A- A A+
Font Type: