direktori Directory webmel Webmail

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa dan separuh masa di Universiti Awam Dalam dan Luar Negara bagi ambilan Tahun 2018.

PPP yang berminat untuk memohon adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat Program Penajaan/CBBP yang disertakan sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018.

Sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai program ini, boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) atau e-mel ke: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7138.

 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil Tajuk  
1 Pengenalan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018 Muat Turun
2 Analisis Permohonan Mengikut Bidang Muat Turun
3 Senarai Bidang Kedoktoran (Dalam Negara) Muat Turun
4 Senarai Bidang Kedoktoran (Luar Negara) Muat Turun
5 Senarai Bidang Sarjana (Dalam Negara Sahaja) Muat Turun
6 Carta Alir Permohonan Penajaan dan Cuti Belajar 2018 Muat Turun
7 Syarat-syarat Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018 Muat Turun
8 Syarat-syarat Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa (HLPS) 2018 Muat Turun
9 Jenis Penyakit Kronik Muat Turun
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 4.92 s.

Color Theme: yellow green red
Font Size:
A- A A+
Font Type: