Top
Media

|| Home » Media » Letters to Editor » Letters to Editor

Letters to Editor

 

Utusan Malaysia dated 9 January 2012 – Henti elaun BISP guru BI

26 January 2012


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Ayuraudhah, Sungai Petani, Kedah”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia  bertarikh 9 Januari 2012Henti elaun BISP guru BI.
 
Pengadu memohon agar KPM memansuhkan pembayaran imbuhan BISP untuk semua guru Bahasa Inggeris kerana PPSMI telah dimansuhkan.
 
Adalah  dimaklumkan bahawa pemberian Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 3 Tahun 2003. Berdasarkan pekeliling tersebut, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) perlu memenuhi ketiga-tiga syarat iaitu Syarat Kelayakan Opsyen, Syarat Kelayakan Mengajar dan Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris bagi melayakkan mereka dipertimbangkan BISP. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian juga ingin mengucapkan terima kasih di atas pandangan yang dikemukakan dan mengalu-alukan pandangan berhubung perkara yang melibatkan pelaksanaan BISP.
 
 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


 

Published by Corporate Communications Unit









Down