|
Bahagian Matrikulasi Melepasi Audit Pemantauan MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM |
|
Ditulis oleh Megat Ali bin Megat Johari
|
|
Thursday, 25 June 2009 |
|
18 Jun 2009: Bahagian
Matrikulasi telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2000
setelah memenuhi segala kriteria pengauditan rasmi daripada SIRIM QAS
International Sdn. Bhd. pada 15 - 16 Jun 2009 lalu. Ini adalah
pengauditan terakhir untuk Bahagian Matrikulasi di bawah piawaian MS
ISO 9001:2000 kerana pada tahun 2010 piawaian baru MS ISO 9001:2008
akan dilaksanakan oleh SIRIM.
Syabas diucapkan
kepada semua warga Bahagian Matrikulasi kerana telah memberikan
komitmen dan kerjasama penuh dalam menjayakan pelaksanaan Program MS
ISO 9001:2000 Bahagian Matrikulasi.
Sama-samalah kita
berusaha untuk menjayakan perancangan dan usaha Bahagian Matrikulasi
untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2010. Semoga
pensijilan program kualiti yang bermula dengan pensijilan pertama
pada tahun 2004 ini akan berterusan kejayaannya.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 03 July 2009 )
|
|
|
Keputusan Rayuan Program Matrikulasi Sesi 2009/2010 |
|
Ditulis oleh Tajul Azhar bin Mohd Tajul Ariffin
|
|
Friday, 22 May 2009 |
|
Keputusan rayuan untuk kemasukan ke Program Matrikulasi boleh didapati dengan melayari Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Alamat Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia : http://www.moe.gov.my
Tahniah bagi yang berjaya!!!
|
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 29 May 2009 )
|
|
|
Selamat Melapor Diri Pelajar Baru Program Matrikulasi KPM |
|
Ditulis oleh Megat Ali bin Megat Johari
|
|
Sunday, 10 May 2009 |
|
Selamat melapor diri kepada semua pelajar baru Program
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tahniah kerana anda telah memilih program ini, yang mana ia
memerlukan anda berada di kolej matrikulasi di mana anda berdaftar
untuk tempoh lebih kurang setahun untuk mengikuti Program Matrikulasi
Jurusan Sains atau Program Matrikulasi Jurusan Perakaunan.
Untuk makluman semua, sesi akademik 2009/2010 ini juga mencatatkan
sejarah penting Program Matrikulasi KPM kerana pada sesi ini Aliran
Teknikal mulai dilaksanakan. Pelaksanaan aliran teknikal di Kolej Matrikulasi Kedah Cawangan Pendang, Kolej Matrikulasi Pahang Cawangan Jengka dan Kolej Matrikulasi Johor Cawangan Pontian ini
membuka lembaran baru dalam kepelbagaian pengkhususan yang ditawarkan
oleh Program Matrikulasi KPM.
Semoga anda akan berusaha mencemerlangkan diri untuk memastikan
anda mendapat tempat dalam kursus terbaik di universiti / IPTA pada
sesi 2010/2011 kelak.
Janganlah disia-siakan peluang dan harapan ibubapa serta keluarga
anda. Perancangan dan pengurusan masa yang baik disertai dengan usaha
gigih daripada hari pertama anda berada di kolej akan lebih
memudahkan anda mencapai kejayaan dalam program ini.
Selamat belajar dan selamat berjuang untuk mencapai
cita-cita anda.
Sekian.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 10 May 2009 )
|
|
|
|
<< Mula < Seb 1 2 3 4 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 4 terhadap 15 |