INFORMASI
Warga BBT Sahaja
Info Pelawat
Anda adalah pelawat ke:
IP Anda:
38.103.63.58
Tetamu dalam talian:
8
Laman ini dikemaskini pada:
Get Adobe Flash Player
 
Paparan Terbaik
Internet Explorer
Resolusi 1024 x 768
 
Alamat : Bahagian Buku Teks, Aras 1-3, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PutrajayaTelefon : 03 - 8884 4498Emel Webmaster : azmims@bbt.moe.gov.myFaks : 03 - 8888 6859
PROGRAM SEKOLAH ANGKAT
 

Pendahuluan

1
Program Sekolah Angkat (PSA) merupakan program Bahagian Buku Teks, lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jabatan Sekolah Bil. 3/06 yang dipengerusikan oleh Y. Bhg Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
2
PSA memenuhi tuntutan Amanat Tahun Baru 2006 Y.B. Menteri Pelajaran iaitu memperkasa sekolah sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
3
PSA bertujuan membantu dan membimbing sekolah secara konsisten bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep pemajuan ialah sekolah yang cemerlang dikekalkan kecemerlangannya, sekolah yang sederhana dan berpotensi dikembangkan keupayaannya manakala sekolah berprestasi rendah dibangunkan kemampuannya.
 
OBJEKTIF PSA
1
Membantu sekolah menjana kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
2
Membantu sekolah meningkatkan prestasi dalam peperiksaan awam.
3
Memberi bimbingan terhadap pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks.
4
Membantu sekolah menambah bahan rujukan di Pusat Sumber sekolah.
 
PEMILIHAN SEKOLAH
1
Pemilihan sekolah adalah berdasarkan cadangan yang diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri iaitu sekolah-sekolah yang berprestasi rendah dalam keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2005.
   
PELAKSANAAN PROGRAM
1
Sekolah-sekolah yang dimasukkan dalam PSA adalah sekolah-sekolah yang mempunyai pencapaian prestasi akademik yang rendah
2
Seramai dua (2) orang pegawai ditugaskan untuk setiap sekolah (sebuah SK/SJK dan sebuah SMK/SMJK).
3
Lawatan pertama akan dijalankan pada bulan April untuk :
 
Mengenali budaya sekolah, pentadbir, guru, murid dan persekitaran sekolah.
 
Melihat kekangan dan halangan pihak sekolah dalam menjanakan objektif PSA.
4
Dua orang pegawai tersebut akan melawat sekolah angkat sebanyak empat kali setahun. Perhubungan secara berterusan sama ada menerusi telefon, faks, e-mel, sms dan lain-lain amat digalakkan dan hendaklah berlaku sekerap mungkin.
5
Perbincangan diadakan dengan Pengetua/Guru Besar dan/atau barisan pengurusan sekolah berfokus kepada perancangan strategik bagi mendapatkan maklumat berkaitan kekuatan dan kelemahan sekolah.
6
Pendekatan yang diamalkan berkonsepkan perbincangan dan perkongsian idea BBT dengan pihak sekolah dalam membantu sekolah meningkatkan prestasi kecemerlangan, terutama dalam bidang akademik.
7
BBT akan berkongsi idea dengan guru sekolah tentang penggunaan buku teks/modul secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian prestasi akademik sekolah angkat.
8
Maklumat akan diberikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau Pegawai Pelajaran Gabungan (PPG) / Pegawai Pelajatan Daerah (PPD) berkaitan perkembangan dan pemajuan PSA menerusi pelbagai forum pendidikan dan mesyuarat pengurusan
9
Tempoh pelaksanaan program ini adalah tiga tahun.
   
FOKUS PROGRAM
1
Kurikulum
a)
Program Peningkatan Penggunaan Buku Teks/Modul
b)
Program Peningkatan Pencapaian Akademik Sekolah
Ceramah motivasi (pegawai BBT)
2
Kokurikulum
 
Kelab dan Persatuan (keutamaan kepada Kelab SPBT)
3
Skim Pinjaman Buku Teks
 
e-MATEKS
 
Bilik Operasi Pinjaman Buku Teks (BOSS)
 
Sisteksbbt
 
© 2008 Hakcipta Terpelihara. Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.

PENAFIAN

Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.