|
|
| |
|
|
|
Warga BBT Sahaja |
|
Info Pelawat |
Anda
adalah pelawat ke: |
|
|
IP Anda: 38.103.63.58 |
|
|
Tetamu dalam talian: 17 |
|
Laman ini dikemaskini
pada: |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Paparan Terbaik
Internet Explorer
Resolusi 1024 x 768
|
| |
|
|
|
| |
Kumpulan Effitexts dari Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjuarai Konvensyen KMK Wilayah Persekutuan tahun 2008 bagi Sektor Awam dalam kategori pengurusan yang telah diadakan pada 24 – 25 Julai 2008 di Dewan Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.
|
| |
Kumpulan ini telah mempersembahkan tajuk "Ketidaktepatan Data SPBT Adalah Tinggi Bagi Aplikasi Sisteksbbt Dalam Pengurusan Buku Teks SPBT di Sekolah". Konvensyen kali ini telah disertai oleh pelbagai agensi/kementerian seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, ICU, MAMPU dan Akaun Jabatan Perdana Menteri.
|
| |
Kumpulan Effitexts diketuai oleh En. Salehhudin Yusof dan fasilatatornya, En. Helmy Mahat serta dianggotai oleh Pn. Ummihani Mokhtar, Pn Sazlina Mohd Tajri, En. Ramlan Abu Talib, En. Dusuki Che Soh, En. Ahmad Sabri Ibrahim, En. Azmi Mohd Sayuti dan En. Norzaini Kasi.
|
| |
Effitexts akan mewakili Wilayah Persekutuan dalam Konvensyen KMK Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2008 di Sarawak. |
| |
|
Ahli Kumpulan Effitexts yang diketuai En. Salehhudin menerima sijil setelah menjuarai Konvensyen KMK Peringkat Wilayah bagi kategori pengurusan |
| |
|
Ahli kumpulan Effitexts bersama pengarah Bahagian Buku Teks KPM, Dr. Hj. Zahri bin Aziz |
| |
|
Berdiri dari kiri : En. Dusuki Che Soh, En. Ramlan Abu Talib, En. Salehhudin Yusof (ketua kumpulan), En. Ahmad Sabri Ibrahim, En. Azmi Mohd Sayuti |
Duduk dari kiri : En. Helmy Mahat (fasilatator), Pn. Sazlina Mohd Tajri, Pn. Ummihani Mokhtar, En. Norzaini Kasi |
| |
| |
|
|